Sunday, February 27, 2011

Pemandu Treler cedera, orang ramai kaut beras.

Pemandu treler yang membawa muatan beras terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir semalam, pemandu tersebut terpaksa menahan kesakitan dan dibiarkan terbaring ditengah jalan hanpir satu jam tanpa dibantu oleh sesiapa, kata pemandu yang bernama Ahmad Rodzlin Ahmad Murad 27, dia dituduh memandu laju dalam keadaan mengantuk.

perghh siap bawak bekas besar tu...ish ish Lebih memalukan apabila orang ramai yang berhenti untuk melihat kemalangan itu tidak menghulurkan bantuan sebaliknya sibut mengaut beras yang bertaburan di atas lebuh raya. hampir satu jam dia terbaring disitu dalam keadaan berdarah, lebih bertambah malang beg, telefon bimbit saya juga diambil. katanya yang mendapat rawatan di Hospital Permaisuri Bainun, Ipoh. Kejadian berlaku pukul 10pg dikilometer 394.4 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Tanjung Malim itu turut meragut nyawa kelindan treler pasir berkenan Hanafi Mohd Daud, 22. katanya lagi akibat dr kejadian itu dia mengalami kecederaan dibahagian paha dan lengan kiri, pihak hospital juga menampal kulit dibahagian pahanya. Semasa kejadian dia cuba mengelak terlagggar lori pasir yang tiba² memotong dan memperlahankan kenderaan dibahu jalan tanpa memberikan isyarat lampu. lori tersebut mungkin cuba mengelak daripada melalui sekatan jalan raya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak jauh dr tempat kejadian

Ahmad Rodzlin yang berpengalaman selama lima tahun membawa lori adalah kali pertama terlibat dalam kemalangan. Dia yang dalam perjalanan ke Puchong Selangor untuk menghantar ratusan guni beras dari sebuah kilang di Perlis.
Dia bersimpati dan bimbang dengan penerimaan keluarga Hanafi yang meninggal dunia di Hospital Slim River kerana kecederaan parah dikepala.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link