Friday, February 25, 2011

Kemalangan Adik

Pada 23 feb mar dpt panggilan kecemasan dr my mil mengatakan adik bongsu mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan. So mar pun packing pakaian awal. Hujan renyai semakin reda, Kami keluar jam 10 lebih malam singgah makan dulu, jam 11mlm barulah kami bertolak ke kedah.

Perjalanan lewat malam memang lancar tetapi masa tu ler kenderaan besar spt pelbagai lori, treler panjang dll memang banyak. Gerun tau sb diaorg ni memotong sesama sendiri tanpa menghiraukan kenderaan lain. Selepas beberapa jam perjalanan, kami pun berhenti berehat di RnR Tapah dan tido jap hehe..Amirah dan Amirul awal² lg mereka tido, so senang sikit kami nk rehat.
Dalam setengah jam rehat kami meneruskan perjalanan yg memakan masa lagi 2-3jam..Kami sampai jam 5 pagi dirumah, yg ada hanya kakak ipar sekeluarga juga sampai 12 mlm tu dan ayah. Apalagi kami mula mencari tempat tido dengan nyenyaknya.
Tengahari waktu melawat kami berangkat ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah. Hati berdetik juga memikirkan keadaan adik. Sampai saja di wad kami sedih melihat keadaannya, dan mak yg jadi penemannya di hospital. Puncanya adik ipar bongsu berusia 14tahun, mengalami patah tangan kedua² belah, tulang rusuk cedera, dahi ada beberapa jahitan, hidung dan mulut bengkak, perut hanya calar saja. sementara kedua² belah kaki dan kepala tidak mengalami apa² alhamdulilah. Bahagian dada kena tebuk 2 lubang berasingan. Kemalangan berlaku jam 10 lebih pagi bertembung dengan lori pasir, sewaktu keluar dr simpang stesen minyak, adik pun tercampak ketengah jalan, lak tu jalan kawasan itu sempit, selepas terjatuh adik masih sedar, dengan tindakan org ramai yg menghubungi ambulans hantar ke hospital di Alor setar. (sori yea gambar adik tak sempat ambil)

Selepas waktu lawatan jam 7 tamat kami berangkat kerumah, bersiap² dan keluar makan ke restoran thai siam bersama ayah mentua...Semasa hujan turun lebat, hidangan pun sampai lauk lak ermmm memang sedap dan rage pun murah lak nasi putih 4pingan, lauk 5jenis siap ada bekas nasi tambah lg tanpa caj tau br RM40 wow bestnyer..

Selepas saja kami blk rumah ambil beg dan terus berangkat pulang, Hujan semkin reda, laluan lancar tp mcm biasala lori mmg banyak, sebelum kami nk ke RnR Sungai Perak utk berehat, 5 km dr situ ada roadblock alhamdulilah takde apa pun. Kemudian Kami sampai Kuala Lumpur jam 5pagi pada mula Amirah nk kesekolah haritu jak tapi dia pun tak larat jak hahah,so cuti ler lg 1 hari dia. Amirul? dr dlm keta dan dah sampai rumah pun dia tido..apalagi kami pun tido jak ler..............Bye


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link