Friday, February 25, 2011

Harimau Muda menang 2-0 tapi belum mencukupi

Malaysia menumpaskan Pakistan 2-0 dalam perlawanan pertama pusingan kelayakan Sukan Olimpik menerusi jaringan Wan Zaharilnizam Wan Zakaria dan Mohd Irfan Fazail di Stadium Shah Alam dengan gol pada separuh masa pertama pada minit ke-3 dan 45 malam tadi.

Meskipun menang, kelebihan dua gol masih belum selesa kerana pasukan negara perlu berkunjung ke Lahore pada 9 Mac ini untuk perlawanan timbal balik, malah Malaysia gagal memanfaatkan kesempatan berdepan 10 pemain lawan bagi melengkapan pertemuan kedua pusingan pertama.

Ong Kin Swee berkata akan memperkemaskan tahap permainan pemain, dan belum pasti samada akan menurunkan yang sama ketika bermain di Lahore memandangkan pemainnya terpaksa mengharungi beberapa perlawanan Piala FA sebelum ke Pakistan.

"Misi kami lahore ialah mendapatkan tambahan dua lagi gol dalam memastikan kemenangan berada dalam genggaman skuad negara dan prestasi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat." katanya. Skuad Olimpik Malaysia memperlahan rentak sambil penjaga gol yang juga kapten, Khairul Fahmi Che Mat beberapa kali melakukan sedikit kesilapan yang hampir menghadiahkan gol buat pakistan.

Sikap panas baran penyerang Pakistan, Ansar Abbas menyepak Khairul akhirnya mengundang padah apabila pengadil dari Hong Kong, Liu Kwok Man melayangkan kad merah pada minit ke-44.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link