Sunday, October 3, 2010

♥Perkahwinan Jimmy Shanley dan Nursuhaila Meriah Bangat♥

Sebelum menjelang hari pernikahan, cukup mengudang perasaan gementar dan gemuruh yang memberikan perasaan yang berbeza sewaktu dia menjadi pengacara katanya yang sebelum ini bekas pengacara Trek Selebriti, Jimmy Shanley,31 kerana bila melafazkan akad nikah segala kehidupannya akan berubah menjadi tunggak keluarga sendiri kepada pasangannya nama Nursuhaila Eliani Datuk Shuhaimy,24.

Menempuh hidup baru bersama si penangkap hatinya yang merupakan puteri tunggal daripada 3 adik² itu. Jimmy sebaliknya membayangkan beragam emosi lain turut dirasai oleh setaip bakal mempelai sebelum pernikahan. Entah kenapa berasa resah dan gelisah sebelum diijabkabulkan. Sempat ianya memberikan khidmat pesanan ringkas(sms) kepada ibu pengantin perempuan, lain tak bukan Datin Muniroh Kassin gara tidak sempurna lelap tidurnya. "Asalnya saya hantar sms kepada ibu shuhaila sebab hendak meluahkan perasan selepas pulang menghantar kad jemputan kepada kenalan jam 2pagi, tetapi ibu shuhaila tidak membalas pula barangkali sudah tidur pada waktu itu. oleh itu, saya melayan sendiri kebimbingan dalam diri selang beberapa jam sebelum bernikah. "Rasa berdebar sampai tidak boleh tidur, malah saya memikir ini malam terakhir tidur seorang diri kerana malam seterusnya sudah isteri." katanya ditemui majlis pernikahannya di kediaman Suhaila di Bandar Sunway Rahman Putra, Sungai Buluh, Selangor sabtu lalu.

Menyambung berbicara, dia menghantar sms lagi kepada ibu shuhaila dengan berterbar cerita kononya Jimmy bernikah dengan Shuhaila atas dasar harta. " Saya tahu ada sebilangan pihak membuat spekulasi kurang enak sebelum ini. Dan kerana itu, saya menerangkan semula kepada ibu shuhaila bahawa perkahwinan ini terjalin atas dasar cinta ditambah sudah lama sebenarnya saya memendam hasrat untuk menjadi sebahagian daripada ahli keluarga mereka. "Ingatkan dapat jadi anak angkat saja, rupa² tanpa disangka jadi menantu pula" jawab Jimmy sambil diperhatikan Shuhaila yang banyak mengerling manja daripada membuka mulut mungkin tidak biasa berdepan dengan pihak media.

Nursuhaila yang merupakan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya, Datin Muniroh Kassim itu berkata, dia bersyukur dan tetap memberikan sokongan penuh kepada suaminya menceburkan diri dalam bidang seni. Kira-kira 500 kenalan, saudara-mara hadir pada acara akad nikah yang disempurnakan oleh Penolong Pendaftar Nikah Damansara, Mustaffa Kamal Abu Bakar. Ia disaksikan oleh Mohd Fadhil Mohd Nor dan Mohd Yusof Mohd Isa.

Khas Pelamin mini dihiasi bunga ros dan kekwa merah dan merah jambu yang direka oleh perunding perkahwinan Baha menarik lagi perhatian majlis pernikahan itu.

Jimmy kelihatan segak berpakaian baju Melayu rona emas rekaan Rizman Ruzaini manakala Nursuhaila anggun mengenakan baju kebaya bertatahkan manik dan permata. Nursuhaila diwalikan bapanya.

Rombongan pengantin lelaki hadir seramai 50 orang diketuai oleh abangnya iaitu Datuk Ir Young Juwahir Muhammad Idrus yang membawa sembilan dulang hantaran dan dibalas 11 dulang oleh pihak perempuan.

Hantaran daripada pihak lelaki terdiri daripada sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

Pihak perempuan pula menyerahkan sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu. Pihak pengantin lelaki telah membawa mas kahwin dan duit hantaran sebanyak RM31,186, bersamaan tarikh lahir pengantin perempuan iaitupada 31 Januari 1986.

Bagi upacara pembatalan air sembahyang, Jimmy menyarungkan sebentuk cincin pusaka permata nilam merah peninggalan arwah ibu Jimmy Shanley. Majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan Ahad, 3 oktober di Grand Ballroom, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) manakala 9 oktober sebuah majlis untuk sebelah perempuan di Hotel Park Avenue, Sungai Petani , kedah dan akhirnya pihak Jimmy di Ipoh seminggu kemudian.

Jimmy selepas ini akan terlibat secara langsung dalam perniagaan milik keluarga Shuhaila termasuk Natasha Resort di Cameron Highlands, Pahang

Semoga perkahwinan mereka akan kekal ke anak cucu


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link