Sunday, October 3, 2010

♥Alkisah Permulaan Cinta Jimmy Shanley♥

Dengan tiga kali lafaz, Jimmy selamat bergelar suami Shuhaila anak jati Ipoh, Perak itu pada pukul 4.40petang sabtu lalu. Jejaka yang berkacukan Melayu-Australia yang kelihatan kacak dengan sepersalinan baju Melayu rona kelabu ilham Rizman Ruzaini.

Alkisah kisah bermula satu bidikan lensa kamera sebagai selebriti dan peminat di Genting Highlands sekitar empat tahun lalu. Kuasa Yang Maha Esa tiada tolok tamdingnya. Kemudian, mereka dipertemukan kembali Januari lalu sebelum kedua pihak mengambil kata putus mahu mengikat tali pertunangan pada 11 Jun 2010.

"Dengan tempoh perkenalan kami yang pantas, banyak lagi saya tidak tahu tentang isteri. Sama Shuhaila yang belum kenal secukupnya tentang saya", akui Jimmy yang bakal berbulan madu didalam negara tidak lama lagi dan memasang hajat untuk menunaikan umrah di Tanah Suci Mekah pada Februari tahun depan.

Melamar Shuhaila pada Mac lalu dihadapan keluarga Shuhaila ketika majlis makan malam selepas merasakan hubungan mereka kukuh. Sebelum ini sememangnya Shuhaila hanyalah peminat lelaki kacak itu yang selalu dilihat dikaca TV.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link