Thursday, September 2, 2010

♥Mengenal Lelaki itu Mudah♥♥

Lelaki ohh Lelaki...kadang²sikap mereka boleh kasi pening kepala kita..
membaca fikiran lelaki daripada gerak tubuh atau bahasa badan mereka bukanlah yang sukar dipelajari. Jikalau kita pandai mengamati sikap mereka, hasilnya kebenaran boleh terungkap tau.

gambar hiasan
Tapi kita sebagai wanita harus tahu isyarat daripada bahasa badan lelaki yang mampu memberikan panduan untuk wanita membuat keputusan.

ok tengok ek tanda² bahasa badan lelaki :-

Lelaki yang sedang berbohong
ok semasa dia cuba berbohong ialah menggaru hidung atau telinga. Lelaki kelihatan khuatir tembelang dia pecah, degup jantungnya akan meningkat. Aliran darah akan naik ke hidung, dan dagu yang menyebabkan bahagian badan itu merasa gatal.

Apa yang dilakukan wanita jika sedang berhadapan dengan situasi tersebut?
ok nasihat daripada pakar terapi perkahwinan dan keluarga diperlukan. soalan yang dituju jangan sesekali menunjukkan seperti nada tuduhan.

Maruah dan Ego Tercabar
Dalam menghadapi suasana seperti ini, lelaki biasa akan memegang jam tangan seolah² mahu membetulkan kedudukannya. Lelaki memang mempunyai ego dan rasa tercabar kerana keyakinan dirinya akan jatuh.

Cara menghadapi suasana begini adalah berilah waktu untuk lelaki mendapatkan keyakinan dirinya.

Bimbang dengan hubungan
Jika dia menyembunyikan sesuatu antara tangan adalah antara tanda yang boleh dibaca seseorang lelaki itu sedang memikirkan hubungannya dengan kira. lelaki dalam dilema sebegini akan menjaga jarak dan terlihat kurang akrab. Sebab itu, jika lelaki sengaja menjauhkan dir, maksudnya dia sedang berfikir mengenai hubungannya dengan anda.

Apa yang harus wanita lakukan?
wanita seharusnya membuka diri dan bersedia mendengar serta menerima apa jua yang ingin disampaikan. Jika lelaki tidak mahu berterus terang, berilah masauntuk dia memikirkan langkah terbaik

Ada khabar buruk
Tandanya seperti mengigit bibir. Lelaki yang ingin mengeluarkan sesuatu dari dalam dirinya, mulutnya menjadi tegang, itu tanda dia sedang kebingungan. Mungkin saja dia serba salah untuk memaklumkan mengenai kehadiran orang ketiga atau membuat perkara yang salah.

cara wanita menanginya adalah ajukan soalan yang memancing dengan mesra untuk mengetahui perkara sebenar.

Tanda² diatas adalah secara kemungkinan sahaja, kekadang ianya terjadi pada diri kita ..sebagai sumber perkara ini boleh kita cuba pada pasangan kita. Tak salah jikalau menyelesaikan dengan cara baik. Hargailah Rumahtangga anda.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link