Friday, September 3, 2010

♥Perjalanan Jauh Bersama si Manja♥

Raya semakin tiba, rancang perjalanan dengan lancar bagi mengelakkan kesesakkan terjadi. Bagi yang mempunyai bayi kadang akan meragam dalam kereta kerana ketidakselesaaan yang dirasai. Walaupun memasang hawa dingin tetapi bila kesesakan berlaku haba panas mampu menyerap, seterusnya bayi akan menangis dan meragam.



Perjalanan jauh bersama si manja memang satu cabaran kerana mempunyai banyak keperluan. Ibu bapa dinasihatkan jangan sekali² mendukung bayi sama ada di tempat duduk hadapan atau belakang kerana pegangan kita semasa mendukung bayi tidak pasti selamat sekiranya berlaku pelanggaran. Sekiranya berlaku kemalangan atau berhenti secara mengejut, berat badan kita mampu mencederakan bayi.

Pilihan kerusi keselamatan bayi perlu memenuhi standard keselamatan tempatan. Belilah kerusi yang baru untuk mengelakkan risiko jikalau tali pinggang lusuh atau kemungkinan kerusi tersebut pernah terlibat dalam kemalangan. Memandang bukan semua kerusi bayi sesuai dengan semua jenis kereta, pastikan pemilihan kerusi yang bersesuaiansebelum membeli. Pastikan kancing tali pinggang tidak terletak pada rangka kerusi tersebut kerana ia mungkin terputus semasa pelanggaran.

Apabila memasang kerusi bayi, tarik tali pinggang dengan ketat agar kerusi terletak kukuh dan tidak boleh bergerak ke kiri dan kanan. Jangan sekali meletakkan kerusi bayi detempat duduk penumpang hadapan. Kebanyakkan kereta mempunyai beg udara dibahagian hadapannya dan beg udara yang menggelembung boleh mencederakan bayi. Kerusi bayi hendaklah bersesuaian dengan umur bayi tersebut dan boleh dipasang menghadap ke belakang di tempat duduk hadapan sekiranya tiada mempunyai beg udara. Jika tidak, pasangkan kerusi bayi menghadap belakang ditempat duduk belakang. Sekiranya perlu meletakkan kerusi bayi di tempat duduk belakang, bahagian tengah merupakan kedudukan yang paling selamat.


Jangan putus asa jikalau tidak suka duduk belakang, pada pemulaan bayi akan bantah tetapi lama-kelamaan masa dan kesabaran kita dapat membiasakan diri duduk dikerusi bayi. Penting sekali jangan memandu semasa mengantuk sama memandu seorang atau bersama bayi kita hendaklah sentiasa berwaspada dan segar. Pastikan kita mendapat rehat yang mencukupi sebelum perjalanan.
Jangan sekali² meninggalkan bayi dalam kereta walaupun hanya beberapa minit tanpa pengawasan bagi menggelakkan sesuatu terjadi yang tak disangka. Oleh itu sayangilah bayi kita dan berfikir sebelum bertindak sesuatu.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link