Wednesday, September 1, 2010

♥Merdeka..Merdeka..Merdeka..ke -53 Malaysia♥

Merdeka..Merdeka..Merdeka..

Selamat Merdeka ke-53 kepada semua rakyat malaysia.
Walaupun kita Menyambut secara sederhana pada tahun ini tetapi semangat perpaduan yang tetap terpahat.

Sambutan kali ini diadakan diruang tertutup Stadium Putra di Bukit Jalil bagi menghormati kemuliaan Ramadhan. Meskipun tanpa perarakan, sambutan Hari Kemerdekaan kali ini tampil dengan satu persembahan yang begitu unik dan kreatif dalam menyampaikan mesej 1Malaysia sebagai penjana tranformasi negara.

Tampil dengan kepelbagaian persembahan yang menakjubkan sesuai Tema Hari Kemerdekaan, 1Malaysia Menjana Transformasi. Acara bermula sebaik ssahaja keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Tunku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Nur Zahirah ke stadium tersebut. Menteri² kabinet dan pemimpin² parti kompenan Barisan Nasional (BN) serta duta² asing adalah antara kenamaan lain yang turut hadir.

Semangat patriotik mula bergema apabila kata Merdeka dilaungkan 7 kali dan ikuti laungan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Penggunaan imej, kad serta penataan cahaya amat mengagumkan terutama ketika memberi mesej mengenai dasar terbaru kerajaan sperti Penunjuk Prestasi Utama (KPI), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) serta Pelan Transformasi Kerajaan.

Meskipun kali ini tidak ditonjolkan perarakan kelengkapan ketenteraan dan anggota keselamatan lain, persembahan lebih 2,000 anggota tentera, polis serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia tidak kurang hebatnya. Ini termasuk tempur tanpa senjata (TTS) gerakan anti pengganas serta kawat senyap.

Paling mencuri tumpuan ialah drama aksi terjunan dari Unit Lawan Keganasan yang cuba menyelamatkan tebusan menerusi segmen Kepantasan Bertindak.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link