Wednesday, September 1, 2010

♥Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri♥

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-53 peringkat nasional da negeri lain tetap meriah walaupun diadakan pada bulan Ramadhan.

Di ALOR SETAR, sambutan kemerdekaan peringkat negeri kedah disambut secara sederhana dan ringkas namun tetap bersemangat pabila rakyat pelbagai kaum dan agama meraikannya di Dewan Seri Negeri, Wisma Darulaman.

Turut hadir ialah Sultanah Kedah, Sultanah Hamidah Mamidun dan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Di KANGAR, Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail membebaskan 53 ekor burung merpati sebagai simbolik kemerdekaan negafa daripada penjajah di sambutan Hari Kemerdekaan yang berlangsung di Taman Merdeka

Di KLUANG, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othaman turut serta bersama penduduk menyambut kemerdekaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail. Acara itu disertai oleh 3,000 peserta daripada kontijen yang diisi dengan nyanyian lagu² patriotik, deklamasi sajak dan penyampaian anugerah kepada kontijen dan pakaian terbaik

Di KUANTAN, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Ahmad Shah berangkat ke majlis sambutan di Stadium Tertutup Sukan Pahang(SUKPA) dengan perhimpunan seramai 3,060 peserta dari 51 kontijen.

Di MELAKA, Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakub turut serta bersama rakyat negeri itu memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan di Dewan Pusat Dagangan Antrabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.

Di KOTA KINABALU, Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah menyertai perhimpunan dan perbarisana Hari Kemerdekaan peringkat negeri bersama seramai 3,000 peserta di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan Likas.

Di SEREMBAN, sambutan kemerdekaan ke-53 peringkat negeri sembilan berlangsung di Dewan Majlis Penbandaran Seremban dengan penuh semangat apabila kira² 3,000 rakyat pelbagai kaum dan 182 kontijen dari jabatan kerajaan, sekolah dan badan bukan kerajaan(NGO) meraikannya. Turut berangkat ke majlis itu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan , Tunku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.

Di KUALA TERENGGANU, sambutan diadakan dengan mengadakan majlis tahlil dan solat hajat di masjid² diseluruh negeri itu dengan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menghadiri majlis di Masjid Kristal, Tman Tamadun Islam.

Di PULAU PINANG, lebih 4,500 mengambul nahagian dalam perbarisan sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri yang diadakan dihadapan banguan Dewan Undangan Negeri, Turut hadir Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman dan Ketua Menteri , Lim Guan Eng.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link