Tuesday, September 7, 2010

Jutawan Kosmetik Sosilawati HILANG

Misteri Jutawan kosmetik terkenal, Datuk Sosilawati Lawiya 47, dilaporkan hilang bersama pemandu, peguam peribadi dan seorang pegawai bank sejak 30 ogos lalu.

Sosilawati membawa wang berjumlah jutaan ringgit seletah pergi ke Banting, selangor bersaman tiga yang lain untuk menemui seorang peguam bagi menyelesaikan urusan pembelian tanah di Pulau Pinang.


Keempat² mereka tidak pulang ke rumah dan gagal dihubungi oleh ahli keluarga masing², selepas itu salah seorang anaknya membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi khamis lalu kerana bimbang keselamatan ibunya. Polis mengklasifikan kes tersebut sebagai orang hilang memandang tiada mana² pihak menghubungi keluarga mangsa meminta wang tebusan.

Mereka dikatakan menaiki dua buah kereta termasuk sebuah Mercedes-Benz milik sosilawati, usaha menjejaki kesemua mangsa dan kereta dinaiki kini tidak berhasil kata Ketua Polis Kuala Lumpur. Pihaknya mendapat bantuan daripada Siasatan Khas (D9) Bukit Aman bagi menjalankan siasatan.

setakayt ini polis memanggil tida individu untuk diambil keterangan iaitu anak sosilawati dan isteri kepada dua mangsa yang lain.

Siasatan terdapat keterangan bercanggah iaitu samada mangsa membawa wang tunai atau cek, namun difahamkan sosilawati membawa wang jumlah jutaan ringgit untuk proses urusan pembelian tanah.

Sementara itu salah seorang anak sosilawati menerima sms dari ibunya dalam tempoh tersebut tetapi ia sukar difahami. Anak mangsa cuba hubunginya tetapi gagal. Polis juga ada menyerbu sebuah rumah di Jalan Duta, namun tidak menemuinya.

Pertanyaan pelik mar dari apa yang dirumuskan:-
kemana suaminya yang dikatakan sudah berkahwin?
kenapa dalam tempoh 24jam tidak membuat laporan polis?
apa sms yang diterima oleh anaknya dari sosilawati sukar difahami?

Apa² kita doakan keselamatan kesemua mangsa² agar dijauhkan segala kejadian yang tidak diingini. semoga selamat pulang kepangkuan keluarga, Amin.


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link