Wednesday, September 8, 2010

Kereta Sosilawati, peguam ditemui

Kereta BMW milik Datuk Sosilawati Lawiya ditemui di USJ 1, Selangor manakala kereta peguam yang hilang bersamanya ditemui di Subang Jaya malam tadi. Selain jutawan komestik Datuk Sosilawati itu, pemandu Kamaruddin, peguam Ahmad Kamil dan pegawai bank NoorHisham juga belum ditemui.


Kereta BMW milik Sosilawati ditemui di Pangsapuri Angsana USJ1 diikuti kereta milik peguam nya disebuah kawasan perumahan berhadapan Dorsett Hotel Subang Jaya. Kereta tersebut ditemui oleh seorang peniaga yang mengecam plat kereta sosilawati menerusi berita di televisyen sejurus itu dia turun ke bahagian bawah pangsapuri tersebut lalu melaporkan penemuan itu kepada pihak polis pada pukul 9.30malam.

Difahamkan pihak polis bergegas ke lokasi berkenaan, menemui beberapa kesan cap jari dan usaha sedang dilakukan oleh bahagian forensik untuk mengesan pemiliknya. Kedua² kereta berkenaan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) kuala lumpur. Ketua Polis Negara , Tan Sri Musa Hassan berkata polis akan meneliti senarai panggilan dan khidmat pesanan ringkas (SMS) yang terakhir atau dibuat oleh kesemua mereka yang hilang. Sehingga sekarang pihak kami sedang menunggu data panggilan daripada syarikat telekomunikasi dan yakin akan mendapat maklumat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman mengesahkan pihaknya telah mengambil keterangan suami Sosilawati maklumat mengenai isterinya. Beliau yang datang ke Ibu Pejabat Polis Dang Wangi pada jam 3 petang.

Tinjaun dirumah Sosilawati di Taman Harmonis, Gombak mendapati kediaman tersebut tenang dengan dihadiri ahli keluarga terdekat.

Selain daripada itu dengan luahan anaknya Erni Erinawati Sofea,21 berkata "Tolong doakan emak saya, tolonglah. Tolong biarkan emak balik dengan selamat" sambil air matanya berlinangan di pipinya.

Sementara itu peguam peribadi Sosilawati , Datuk Zaidi Zain berharap pihak media tidak membuat sebarang spekulasi yang bole menggangu emosi keluarga mangsa dalam keadaan getir ini.


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link