Monday, September 6, 2010

♥Lihat Iklan Raya Tv3 "Banned"♥

Sipnosis- Iklan itu bermula dengan seorang budak lelaki sedang membaca buku cerita didalam sebuah rumah. Terdapat gambat beca dalam buku itu. Tiba² buku itu mengeluarkan sinaran dan ajaibnya beca itu muncul dialam realiti

Kemudiannya muncul seorang lelaki tua berkopiah putih mengajak kanak² perempuan menaiki beca yang boleh terbang

Dalam beca itu terdapat beberapa lagi kanak². Mereka dibawa menaiki beca itu merentasi Jambatan Pulau Pinang, Menara Condong Teluk Intan, KLCC dan Putrajaya hingga sampai suatu tempat yang asing dan indah.

Disitu kanak²itu bergembira dapat bertemu dengan orang² yang mereka sayangi dan dikelilingi bunga² teratai yang mana dari bunga itu muncul pelita yang menceriakan lagi suasana ketika.



keputusannya:-
Pada 4 sept 2010, jam 9malam pihak Tv3 telah memberhentikan penyiaran iklan raya tersebut yang mempunyai unsur memesong akidah terutama kanak². Perkara ini disampaikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan hari ini dengan memohon maaf kepada masyarakat islam terutama penonton Tv3 diatas penyiaran iklan tersebut

Iklan yang ditayangkan sejak khamis lalu yang mengundang kontrovesi pada semua umat islam. Dalam iklan selama seminit itu mengambarkan impian kanak² dengan beca ajaibnya sesuai tema Tv3 tahun ini "Sinari Lebaran" yang baru ditayangkan senyak 5 kali. katanya.

Ianya seolah menyamai watak santa claus menaiki kereta salju yang dipandu sekawan rusa kutub membawa hadiah hari natal pada kanak². Selain juga menampilkan kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan seperti fahaman agama buddha.

Iklan itu yang diterbitkan oleh Pengarah Kreatif Tv3, Dougleas Khoo Hong Seng dengan kos RM200,000 dan menggunakan teknik janaan pengimejan komputer (CGI) menjalani penggambaran tiga minggu lalu di Bukit Broga, Semenyih, Negeri Sembilan

Dengan rungutan dan rasa tidak puashati penonton, iklan tersebut telah dihentikan serta merta bagi memelihara keharmoniann dan menghargai pandangan penonton, komen² begini sedikit sebanyak membantu untuk tidak melakukan kesilapan lagi, katanya.

Oleh itu iklan tersebut akan digantikan dengan menyiarkan iklan tahun lalu iaitu `ikan di laut, asam di darat arahan Allahyarham Yasmin Ahmad kerana kesuntukan masa memulakan iklan yang baru.

Sementara itu Douglas akur dengan apa juga keputusan pihak Tv3, pada mulanya iklan ini apa yang difirkan untuk melahirkan melayu milenium dan tidak pernah terlintas untuk menyinggung perasaan orang islam.

Selain itu saya memohon maaf dan benar² menyesal diatas kesilapan yang tidak disengajakan, komen² dan pendapat akan dijadikan panduan di masa akan datang dalam menghasilkan karya yang baik, katanya.

iklan raya tahun 2007 dibawah paling mar suke klakor, beshh tau...tp betul ker kena ban jak?? ermmm ntahla...kita puasa takdelah sampai teruk macam tu pun kan..jom kita tengok



No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link