Monday, August 23, 2010

♥Balik Kampung♥

Pada ahad lepas 15 ogos 2010 selepas isyak kami akan berangkat kedah kerana my FIL admit hospital sana. selepas berbuka puasa, kemas pingan² kami pun bersiap² sementara menunggu waktu isyak..selesainya sembahyang kami tidak melengahkan masa lagi terus bergerak jalan, dan pesan saya pada kakak dan anaknya fisa supaya jaga rumah, lauk-pauk simpan untuk bersahur pula.

Hentian kami di stesen petronas untuk beli topup touch n go nasib baiklah ada sebab setiap stesen lain suma dah habis..minyak pun dah isi ok kami pun meneruskan destinasi dengan lancarnya. Amirah dan Amirul tidak meragam kerana mereka terus terlena. Perjalanan melalui highway lancar selama beberapa jam.




Tiba melalui highway perak, kenderaan sebelah jalan pula banyak tapi tidaklah sehingga bergerak perlahan. kami berhenti rehat di sungai perak makanan nasi lemak panas baru masak dan air kopi..perghhh sedap tu dahlah hujan renyai² sepanjang jalan membuatkan perut kami menjadi lapar dan dahaga. Selesai makan mar pun pergi tandaslah..Amirah dan Amirul terjaga
tido, kemudian makan apa yang ada.

Jam menunjukkan 12.30am kami pun meneruskan perjalanan lagi, dek kerana penangan nasi lemak tadi membuatkan mar terlelap beberapa minit. Menjadi kebiasaan jikalau jalan jauh waktu malam memang membuat mar tak senang duduk dan tido pun ayam²lah bila hubby pandu kereta. Amirah dan Amirul start je enjin dah tido semula dengan hujan renyai² dan sejuk tambah lagi aircon membuat mereka senang tido.

Pemerhatian mar sepanjang jalan kenderaan besar sperti trak, lori dan bas membuatkan terasa gerun bila lalu sebelah kerana mereka pandu laju bersaing sesama sendiri.
Apa² pun kita perlu berdoa semasa memandu dan lebih berhati² bila pemanduan waktu malam.

kali ni kami tidak dimana hentian lain kecuali kecemasan ler.. Perjalanan memasuki highway sempadan pulau pinang dulu kemudian barulah melalui sempadan kedah. Jam 2am kami keluar dari highway pendang dan memasuki pekan pendang yang sunyi berbeza dari kl orangnya masih lagi lepak² cafe, berniaga. Hujan masih lagi renyai.

Kami pun tiba kawasan rumah. Setibanya kami mak menanti kepulangan kami..selesai memunggah beg, salin pakaian. kami pun bersahur awal bersama² mak, Amirah pun ada. kemudian kami mula melelapkan mata. Sehingga subuh bangkit menunaikan sembahyang.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link