Wednesday, August 25, 2010

♥Model Nokia Terbaru E5♥

PERCATURAN Nokia memperkenalkan telefon bimbit pintar E71 pada pertengahan 2008 dan E72 pada hujung tahun 2009 sememangnya menjadi.
Kedua-dua gajet tersebut kini mendapat sambutan yang cukup menggalakkan dari kalangan pengguna negara ini.
Meneruskan kecemerlangan fungsi bagi siri E itu, syarikat pengeluar produk telekomunikasi berkenaan telah memperkenalkan model terbarunya, E5.

Model tersebut yang menjanjikan aplikasi serta fungsi hiburan dan telekomunikasi menyeluruh bakal memberi kepuasan maksimum kepada pengguna.
Ia disempurnakan bersama papan kekunci QWERTY penuh untuk kemudahan mengakses aplikasi emel korporat mahu pun akaun e-mel popular seperti Yahoo!, Gmail, Windows Live Hotmail dan Ovi Mail.
Untuk fungsi pengimejan, model itu turut didatangkan dengan kamera 5.0 megapiksel bersama kelebihan pemfokusan penuh dan flash LED.
Bagi yang tidak mahu ketinggalan mengemaskini akaun laman sosial mereka di mana-mana sahaja, gajet telekomunikasi ini turut dilengkapi aplikasi seperti Facebook, Twitter serta laman sembang seperti MSN dan Yahoo Chat.
Menurut Pengurus Besar Nokia Singapura, Malaysia dan Brunei, Vlasta Berka, peranti tersebut dibangunkan untuk pelbagai golongan pengguna.
"Ini kerana pengguna hari ini lebih banyak menjalankan operasi komunikasi dan perhubungan menggunakan peranti mobiliti mereka,'' jelasnya.
Keunikan lainnya turut ditampilkan pada paparan skrin yang menyediakan capaian mudah kepada 20 orang rakan yang diintegrasi menerusi sistem khidmat pesanan ringkas (SMS), laman sosial, emel dan panggilan suara.
Bagi memudahkan akses Internet pula, telefon bimbit itu turut menyediakan rangkaian sambungan HSDPA, HSUPA dan WLAN.
Spesifikasi Nokia E5
  • berat 126gram
  • skrin QVGA LCD 24 inci
  • memori binaan dalam 250 MB dengan sokongan kad memori microSD hingga 32 GB
  • sambungan bluetooth 2.0, mikro USB dan Wlan
  • integrasi sistem penentu kedudukan global (A-GPS)
  • sambungan audio visual 3.5 mm
  • perkongsian gambar terus kepada Ovi dan Flickr
  • warna hitam dan putih
Pengalaman mar sepanjang penggunanya memang best walaupun tidak boleh compare dengan Blackberry. kualiti Image seakan sempurna, jelas dan cantik. E5 mar warna hitam nampak elegan, kemas walaupun putih tiada kurangnya juga.

Dengan ada E5 ini memudahkan mar menerima dan membalas email dengan segera. YM pun senang nak chat kalu mar boring² atau ada pertanyaan lain. Oh yea nak tengok youtube pun laju je loading...ok nak cari casing lambatla, sekarang mar pakai skin protecter sebelum menunggu casing yang sesuai.

cantik dan clear x gambar? tiada sebarang edit yea cuma letak label saja.. Amirul special pose at lobby hospital

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link