Friday, August 13, 2010

♥Apakah keputusan cuti salin 90hari?♥


Wow entry kali ini menarik untuk dibincang bersama, tajuk diatas apakah kebaikan cuti selama 60 atau 90hari? Bg kaum² ibu yang sarat mengandung dan pula bekerja adalah ternanti² keputusan kerajaan dan Badan² NGO tentang cuti tersebut kerana setengah pendapat masih mempertikaikannya. Adakah relevan cuti itu? ok disini mar ambil dari petikan utusan malaysia

Milford Sound in New Zealand
gambar hiasan
"Beberapa negara maju dan membangun di dunia seperti Jepun, Norway dan Singapura menetapkan bahawa pekerja wanita yang melahirkan anak, secara automatik akan diberi cuti bersalin daripada tugasan pejabat paling kurang selama 120 hari atau empat bulan" Manakala negara-negara seperti Indonesia, Thailand dan Laos, kerajaannya membenarkan seseorang kakitangan wanita bersalin bercuti selama 90 hari

Selain malaysia, Indeks Kompetitif Global (CGI) 4 negara lain yang masih memberikan cuti bersalin kurang 12 minggu adalah Hong kong, Taiwan, Qatar dan Arab Saudi"

petikan dari
Utusan Malaysia Online


Berdasarkan petikan tersebut negara² lain sudah pun mempratikkannya..tetapi kenapa negara kita masih ketinggalan? Kalau diikutkan pekara ini sudah lama diperdebatkan tetapi keputusan tiada dan diam begitu sahaja. Sekarang pekara ini dibangkitkan semula kerana majoriti kaum² ibu mengandung yang bekerja semakin ramai dalam pelbagai sektor.








Siapa kata jikalau dipraktikkan akan menjadi negara mundur? lihat negara lain yang maju tiada masalah pun. sebenarnya cara kita perlu membuat strategi yang betul dengan langkah² bagus. Jikalau tiada strategi yang baik, itu yang negara akan mundur. Cuti 90hari banyak faedah kepada ibu dan majikan. Si ibu dapat menyesuaikan diri dengan membelai bayi tersebut selain menyusukan anak dan bila kaum ibu itu mula bekerja tidaklah mereka risau akan keselamatan anaknya bila meningkat 3 bulan sewaktu dihantar ke nusery atau pusat² penjagaan kanak²

Dengan tempoh cuti tersebut juga kaum ibu dapat rehat yang mencukupi dan mengembalikan tenaga, kesihatan dari segi mental dan fizikal mampu membantu majikan meningkatan produktivi ditempat kerja. Selain itu majikan harus menyokong penyusuan bayi dengan memberikan kelonggaran atau kemudahan tempat² tertutup kepada mereka.

Kementarian Pembangunan Wanita, keluarga dan Masyarakat (KPWKM)
yang menterinya Senator Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil berkata akan membincangkan perkara tersebut dengan lebih serius kerana 60hari cuti bersalin terlalu singkat. Pihak mereka sedang mengumpul faedah dan pendapat dari Badan NGO dan majikan mengenai isu ini sebelum dikemukan kepada kabinet dalam tempoh yang terdekat.

Apa
² pun kita sama² tunggu keputusan dari kabinet. Pada kaum² ibu yang bekerja keputusan ini dapat memberikan sedikit kelegaan. Kerajaan akan memulakan pada sektor awam dulu dan akan memperluaskan kepada sektor swasta pula. Bagi Bekerja sendiri seperti mar tidak perlu pening² memikirkannya. Alhamdulilah.

Pssst Mar akan sambung
jikalau ada keputusannya.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link