Thursday, August 12, 2010

♥Amirah apa sudah jadi♥

Entri kali ini ringkas saja, Mar n hubby sahur seawal jam 2pg. Sebelum itu mar check blog dulu. Sahur tadi mar tak kejutkan Amirah bangkit dari tido. Lagipun Mar dah set alarm hp jam 4.40pg untuk teman dia bersahur nanti. So mar pun tidolah dengan senyenyaknya ZZZzzzzz......Gud Nite semua..Bye

Tiba² mar terjaga jam 5.30pg, alarm pula dah terlepas la sebab terletak bawah bantal lak, mana nak dengar!!@#$%, alamak termiss, mana sempat kalu nak kejutkan dia, sian pula kalu suh dia makan tergopoh². Jadi mar pun amik keputusan tak mengapalah, biarlah dia tido lagipun dia penat pegi sembahyang terawih, lak tu sepupunya ramai datang mana nak tido siangkan...



Hari ini mar tak kemana pun. Jam 9.45pg Amirah bangkit tido, rutinnya kemas katil sebelum keluar bilik, mandi dan siap pakaian. Masa itu adiknya Amirul masih tido lagi ermm nyenyaknya..Pesan pada Amirah jangan kejutkan adik, nanti mar tak dapat buat kerjarumah..Yelah Amirul ini very active but loving tau. Mar memang bangkit awal, settlekan kerja harian dulu.

Pagi ini mar buatkan breakfirst untuk Amirul iaitu nasi goreng. Tunggu dia bangunlah baru hidang. eh oh yea Amirah yang masih kelihatan segar membaca buku seperti biasa tanpa ada gangguan adiknya Amirul. yup dia memang minat membaca buku, bacaannya sangat lancar dalam bahasa melayu dan english, dia rajin bertanya jikalau ada word yang tak faham.

Ok pada waktu nak suruh dia mandi ke sekolah, Amirah sudah kelihatan tidak bermaya, erm suh bangun macam liat jer..dari situ mar nampak memang dia tak mampu nak puasa, walaupun mar bertanya dia jawab" yea mama along larat lagi" dengan nada suara halus dan tak bermaya. Lalu dia berjalan dengan longlai mandi dan bersiap baju sekolah.

Pada jam 12tengahari selepas bersiap mar tengok Amirah terbaring atas katil. Bila bertanya jawapannya sama saja..jadi mar pun amik keputusan suruh dia pergi ke dapur untuk berbuka puasa awal makan nasi goreng dan ayam goreng yang terhidang atas meja khas untuk dia sebenarnya. Oh yea Amirul sudah bangun lama pun dah siap mandi dan makan lagi. Dia tengok along dia terbaring dalam bilik nasib baik tak dibulinya..Maybe kesian kot hahha
ok Amirah yang tadi sedang makan dengan berselera sekali bersama air milo suam supaya ianya memberikan ia tenaga untuk ke sekolah. Alhamdulliah kenyang mama jawabnya.

Sekarang jam 12.30tengahari hantar mira kesekolah seperti biasa. jadi tinggal mar bersama Amirul melayan karenahnya sambil edit blog hahah..
Petang Amirah perjalanan balik ke sekolah abahnya pula yang ambil. sampai dirumah Amirah mandi, dan makan nasi. Maybe disekolah ada aktiviti selepas makan dia tido hingga lewat petang.

My hubby balik dari kerja, kemudianmar dan hubby, mira yang baru bangun pun ikut sama keluar ke bazar mencari kueh-mueh pada waktu last² minute berbuka..Alhamdulliah sampai kerumah, tinggal 10minit nak azan berbuka..makanan da siap terhidang. Ni hari berbuka bersama abang, ayah, kakak dan suaminya tu pun masing² baru pulang dari kerja yang menempuh kesesakan jalan yang teruk. Nasib baik sempat sampai kalu tak kena spare minumam dalam kereta lar.

Selesai berbuka makanan dengan bersedap², kami pun mula mengemas² hidang ke dapur (kami makanan duduk bersila dengan bentangkan tikar saja) lagi seronok!!!
selesai sembahyang maghrib. Mereka yang lain pun pergi kesurau, mar sekali lagi tak dapat pergi terawih. ermm Amirah? hah..bila ditanya nak pergi ke? dia jawab "along tak larat lar, along dok rumah baca buku lah yea.."
selepas setengah jam membaca lagi sekali Amirah tido awal. ermmm letihla tu..

Jam 10mlm mereka yang lain pulang dari surau. Mar pun badan dah letih, Amirul pun dah tido. Mar pun apa lagi tido sama lar ZZZzzzz....Gud nite. Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link