Thursday, August 12, 2010

♥Amirah 1st Time Puasa♥

Salam semua..Pekabar puasa tak?eheheh
Okay ni hari mar akan tulis catatan mengenai anak perempuan Mar bernama AMIRAH Clear Smileysberumur 6tahun. Hari pertama bersahur set jam 4.40am hidangan ringkas selama 10minit saja siap.

kemudian kejutkan hubby dan Amirah makan ala kadar. Amirah yang bersiap Japanese Smileys sebelum makan. Trick mar pada anak senang saja begini ek" along ingat tak upin ipin berpuasa? perlu baca niat puasa ingat tak? ingatlah mama. So along nak jadi budak baik yang dengar kata tak? dia jawab yea" So mar pun rasa lega dengar, mar tak mahu paksa dia puasa penuh. Mula² latih anak sehingga tengahari dan seterusnya sampai petang sehingga waktu berbuka. setiap jam mar bertanya pada AMIRAH samada larat atau tidak. Alhamdulilah jawapannya sama

Milford Sound in New Zealand

Jam 11am mar buatkan sup untuk adiknya Amirul 2yrs, Amirah tengok adiknya tengah bersiap sedia mengambil mangkuk sup. dan Amirah pun bertanya mama masak sup? adik dan fisa(sepupu dia) tak puasa sebab budak kecil, pakai pampes. Along budak besarkan sebab sudah sekolah. Jadi mar pun iya saja . Kemungkinan besar jikalau dipelawa mesti dia nak pula sup campur kegemarannya.

Tengahari hantar Amirah ke Smart Reader. Semasa perjalanan Amirah pun beritahu "mama along tak mau makan disekolah. nati along cakap pada teacher, along puasa yea". mar pun jawab ok tapi dalam hati risau jak jikalau dia paksa untuk puasa. So jam 4.15 petang mar ambil dia dari sekolah yang kelihatan penat dan lesu. Mar pun tanya lagi soalan sama Alhamdulilah amirah tetap larat puasa hingga ke petang. Selepas mandi mar suruh dia berehat saja atau membaca. Tidak seperti biasa amirah gemar bergurau dengan adiknya.

Pada lewat petang adik² beradik datang dengan membawa juadah masing², dan ada pula yang sempat ke bazar ramadhan dengan membeli menu yang sedap². Terima kasih semua. Clear SmileysAmirah yang tadi kelihatan penat, terus segar melihat sedara-mara datang .Pelbagai menu dihidangkan ada yang masak dan beli apa lagi terliur tengok menu tersebut. Bila dah berkumpul sekeluarga ni jadi riuh-rendah suasana dalam rumah dengan macam² gelagat anak² kakak abang

Beberapa minit sebelum berbuka kami mengambil tempat masing², sediakan air dan makanan dalam pinggan masing². Bestnya bertukar makanan macam ni membuat makanan tidak jadi bazirkan..Clear SmileysAmirah dapat nasi lemak tanpa sambal dari kakak mar..yup memang cara dia jitu suka tidak mau letak sambal. Oh yeah yang tadi masak sudah habis dimakan oleh adiknya AMIRUL

Waktu berbuka yang dinanti
² oleh suma orang..permulaannya jamah kurma mengikut sunnah nabi dan kemudian barulah minuman.Jangan terus masuk mulut dengan makan macam² nati nak pergi terawih pun tak larat kerana kekenyangan atau perut memulas. ok selesai saja makan maka kami pun mengemas pinggan cawan yang kotor, angkat dulang ke dapur kemudian sembahyang.

Ok semua sembahyang terawih di surau depan rumah saja, ermm mar tak dapat pergi AMIRUL kan ada bersama anak buah yang lain. Nati orang sembahyang diaorang mengacau lak..tunggu dia faham dan dengar kata. Oh yea Amirah pergi terawih dengan kakak mar supaya dia dapat beza dari adiknya yang belum mengerti erti puasa, sembahyang terawih. Selesai pulang terawih kami sambung makanan ringan pula
Kemudian jam 11malam barulah adik² beradik berangkat pulang kerana masing²ada anak bersekolah dan bekerja.

Amirah siap
Japanese Smileys dan terus tido. Besok pula AMIRAH ingin meneruskan puasanya. Begitu besar pengaruh cerita dari upin ipin yang banyak beri pengajaran dari cerita tersebut. Semoga AMIRAH mengerti apa itu puasa dan menahan dahaga dan lapar. Amin


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link