Monday, March 21, 2011

Musim Kenduri Kahwin..banyaknya..

Phewiiiiiiiiiiiiittttttttttttttttttt....wei lama wei mar tak update blog nie......sebenarnya buzy jalan-jalan dari keja huhuwawawaaa.... korang tahu tak masa cuti sekolah bermula pada 11 mac jumaat malam kami segera bertolak balik kedah, macam biasa singgah makan malam dulu, jam 12am baru ler kami bertolak terus...penat? fuhhh...memang ler penat dan mengantuk sudah tentunya tp perjalanan diteruskan jak...

Sudah 2jam atas jalan kami pun berhenti berehat di RnR perak, apa-apa pun kami pekena kopi pekat dulu beli je tak dok dekat pun sb budak2 dok tido kt keta...sejam kemudian baru bertolak bila mata semakin segar...penting tau kepada mereka travel jauh malam perlu rehat secukupnya...

Ok perjalanan kami makan masa lagi..mar ni peneman hubby bila memandu, memang tido-tido ayam je kalu jalan malam. masa tu lah kami berbual-bual, menyalak-menyanyi bagi menghilangkan mengantuk heheheh...Jam menunjukkan 5.30pg kami pun sampai dengan selamatnya kerumah MIL dikedah, ermm budak-budak sambung balik tido atas tilam...selepas beg dah kemas, apalagi mar pun tumpang sekaki jak sementara tunggu masuk azan subuh. Bangun untuk sembahyang subuh, nasib baik tak terbabas masih sempat 6.30pg...
aduyai pinggang ni sakit kerna dok lama sangat masa perjalanan.

selepas bersiap-siap dan sarapan, jam 12.30tgh kami gerak ke sungai petani ada kenduri kahwin sedara, erm meriah jitu, lauk-pauk pun sedap sungguh berselera tau. petang tu kami balik anta dik ke kolej Martikulasi Changlun. ermm terlupa lak bwk geran keta nk buat insuran tak pela buat hari lain ler...


Malam pula kami pegi ke sg. petani lagi tapi rumah kenduri lain, memandangkan mentua mar tak dapat datang keesokannya masa kenduri so kami bawa dia awal utk tolong apa-apa yg patut. Rumah ni adalah anak makcik hubby yg kahwin, that mean sepupu hubby ler..Kami sampai tgk diaorang tgh bergotong-royong memasak sesama saudara. Jiran2 situ pula kebanyakannya cina dan india so menyalak saja anjing-anjing diaorang bila bau daging, ikan segala macam bau yg ada..eeeii menakutkan saja dibuatnya kalu terlepas..nauzubilaah Selepas kami membantu apa yang patut, kami pun dijamu makan sebelum pulang. Jam menunjukkan 11mlm. so kami pun berangkat pulang, bakal pengantin pun dah terbongkang tido mengantuk sangat tu...

Perjalanan kami memakan masa sejam, sampai saja rumah kami pula bersiap hendak tido ZZzzzz...
Hari Ahad kami ada 2 tempat kenduri yang perlu disinggah, seronok sgt masa sampai rumah kenduri yg semalam kami pergi sb dapat jumpa sedara-mara yg lama tak jumpa, memandangkan kami bukan selalu pulang. Kami pergi bersama ayah mentua saja, jadi selepas makan dan jumpa saudara-mara.

kami terus ke pendang lake pula ada kenduri yang seterusnya...kenduri ni berlangsung depan tasik tau, almaklum anak tauke kahwin hahaa no wonderlah..perghhh macam-macam makanan ada lauk-pauk, kuih-muih, paling best ais krimlah dorang dok serbu dulu...wei terasa macam open house tau bukan kenduri kahwin hahaha...
Selepas makan kami dok lepak -lepas dulu memandangkan ada makcik yg jadi orang kuat gotong-royong jadi kami berbual ler dulu..dah lewat ptg tu kami pulang, kenduri pun abis jam 6ptg.

Hujan mula renyai-renyai kami sempat pulang kerumah sebelum hujan lebat. Sepanjang malam kami hanya dok rumah saja kerna hujan masih renyai, selepas makan mata mula mengantuk tp sebelum itu mar nak packing beg dulu sb esok pagi kami nak jalan jauh lagi. so tungguuuuuuuuuu kalu nk tahu kemana kami pergi.
Oh ye mesti korang tertanya mana Amirah dan Amirul? dorang ada biasala dok berlari sana sini, kalu penat seharian mulalah dorang tido awal. ok ok mar pun nak tido jak ZZzzZZZzz.........

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link