Monday, April 4, 2011

Bermalam di Port Dickson

Hari ketibaan pada Sabtu, 2 April 2011

Seperti yang diwar-war di Twitter mar yg akan pergi bermalam di Port Dickson, memang menyeronokan kerana kami tak puas nak mandi pantai lg hahaha..Mar sekeluarga(hubby,amira dan amirul) tak sabar nak sampai, pulak perjalanan kami hanya memakan masa sejam je. so ktorg bertolak jam 5ptg. sioknya..teruja tau!!

Sesampai disana abang mar sudah bersampai awal sedang membawa anaknya that mean anak buahku ler mandi di swimming pool, apalagi exticed amirah amirul tengok ramai kolam tersebut, kalu boleh diaorang nk terjun je hahaha...eh nati dulu!!! apa-apa pun kami naik ke bilik dahulu utk kemas beg pakaian. wow bilik kami view mengadap laut dan nampak pengkalan ditengah-tengah laut tersebut. cantik tu....masa tu lak matahari terbenam, so swimming pool ditutup. so mandi dlm bilik jelar dulu sementara keluar dinner. ermm budak-budak tension hahah

Akhirnya sampai jak...Selamat Datang Port Dickson


ok, ni Hotel ktorang menginap Hotel Lee Paris & Costa Rica

Pemandangan waktu senja..

Pemandangan selepasnya, ermm cantik..

ok Kami keluar nak cari tempat makan yg sedap, sambil tu kami singgah ke Teluk kemang ada night market, jadi beli makanan apa yg patut utk dimakan dibilik nati. kemudian kami jumpa kedai Restoran Taras kononnya nak makan seafood, mula-mula tgk kurang ramai, so pikirkan mesti servis baik punya dan fast and furious tp order air pun dapat 45minit kemudian, makanan lak tak boleh blahlah (kalu korang nk blah) pun dapat setengah jam kemudian...perghhhh sib baik mar tak order Air Batu Campur kalu tak boleh cair babe...nak tunggu makanan pun , air dah setengah gelas tinggal. apa-apa pun kami tunggu jak, sb tgk tempat lain mcm ramai je...so stay while waste time...

Sejam kemudian makan sampai kami mkn ikan siakap 3 rasa, udang tepung, kailan ikan masin, udang masak merah not bad lah rasa, perut pun dah lapar, janji dgn abg pas makan kami akan tgk department diaorg ada buat karaoke. ermm xtahu sempat ke idak...tanpa membuang masa kami menghabiskan segala makanan yg diorder tu..wei rugi tau dahla waste time, kalu waste food tak suka mar.

Selesai dan buat pembayaran, nk dijadikan cerita mar perasan sebelah meja mar ini ada 4 couple sedang berborak tau, mar xtahu ler diaorang ni asal situ atau datang bercuti, kemudian ada sekumpulan perempuan yg datang bersama keluarga ini dtg menerpa 4 couple td.mula borak ok tp bila kami dah blah, sekumpulan wanita pun nk kereta td sempat memaki hamun salah seorang couple td dr luar kedai.. uiiii malu mar tgk sb diaorg mcm kena rasuk hantu je bila memekik. semua org pun dengar kt kedai, mar memandang dr park kereta jauh boleh dengar apa yg hura-hara. eee tak sopan sungguh, kalu korang nk tahu sekumpulan perempuan td dtg bersama keluarga tau.

Boleh bayang tak kelakuan tersebut malunya..kalu kes lelaki pun jgn terlampau sgt sikap tu...sib baik mar dah naik kereta, kalu diaorg bikin kecoh masa mar makan, mar akan masuk campur jak sb anak2ku tengok sikap korang yang tak reti malu tu. boleh ber*****lah. apalah mak bapak diaorg pun takut nak tegur anak sendiri. Pakai seksi sekadar nk pergi makan, rupa pun takde pun sgt...tiada moral langsung...potong mood tul minah ni...

ok Sampai hotel kami terus ke lobby kebetulan abg atas pentas sedang berkaraoke dengan tema dinner opis "pakaian ala koboi"..tempat tu bersebelahan dgn swimming pool. kemudian kami jumpa kak ipar dan anakbuah ada 2 perempuan. Seisi karaoke selesai jam 12mlm..kami tapau apa yg ada tinggal, tu pun abg suruh sb dah bayar rugi rasanya membazir, ok jak esok pagi mesti diaorg bangun cari makan dlm peti sejuk dulu sebelum pergi sarapan. Kami layan cerita seram sebelum tido, Amirah dan amirul dah tido dgn lasaknya...tamatlah seharian yg memenatkan, so tido sambil hujan turun renyai-renyai....ok bye..

ni swimming pool, best...dr atas ada nampak atap rumbia kecil tempat karaoke dan atap rumbia panjang tu tempat dinner

hhaahh pas ni susah artis nk cari makan, penyanyi baru bakal meleTOP...

ni pula si Amirul dengan sepupunya Alisya, kalu korang tgk mcm si dora tak?? hahaha...

Amirah beri special pose hat coboi...yuhuuuu...

Hari keesokannya Ahad 3 April 2011

sejuknya awal pg tu dan hp berbunyi Kringgg...kring...abgku call utk breakfirst bersama tp bila dimaklumkan budak-budak masih terbongkang lagi termasuk abahnya hahah so, kami keluar kemudian bersiap dan breakfirst luar hotel sekitar P.Dickson perghh tak banyak rupanya kedai makanan tau kena drive lebih kurang 5-6km jak..bila jumpe kedai terus order minuman dan ambil makanan dengan cepat sb kami nk mandi swimming pool dan pergi laut hhahah...so pagi tu menu makan nasi lemak dan nasi goreng. Selepas selesai kami balik ke bilik tukar pakaian dulu lar lgpun ktorang belum mandi tau hahaha...

tgk Amirul tido sampai terkeluar cadar, ermm lasak tido..penat sgt

Sambil ke swimming pool tgk jak mana abg kata ada aktiviti outdoor acara sukan, ktorg tak join sb ianya antara staf department AZRB ofis abg..ahh malasla kalu join baik pegi swim je hahaah...disebabkan hujan,so lokasi ditukar dlm indoor aktiviti tersebut. Amirul Amirah mandi sakan, nasib baik ada khas utk kanak-kanak dan dewasa punya. so tak risau sgt tp kena hati-hati jak... Bila puas mandi kami pergi ke laut pula, memandangkan laut air surut dan panas terik so kami just jalan-jalan saja. Ok jam 12 tengahari kami naik bilik utk kemas beg sambil tu budak-budak tu sambung mandi bathtub ler...ish..ish..ish..diaorg ni tak sejuk langsung berendam.
ni pula si anak dara Amirah awal pg nk mandi swimming, weii sejukla, lewat sikit ler mandi..kita p breakfirst dulu ek..

Bila dah bersiap semua sementara checkout jam 2ptg, apalagi tonton tv kemudian terlelap lak..jam 1.45tgh kami turun ke lobby tunggu abg dan famili. Kami pulang berpecah kerana kami ingin singgah pekena sup tulang power dulu. Sebelum itu nk singgah pantai tp panas terik risau nati budak-budak demam lak.

Amirul pose dgn hat baru masa beli kt Thailand

Sepanjang perjalanan sesak masuk highway kemudian lancar beberapa kilometer selepasnya...kami selamat sampai ke kuala lumpur jam 6ptg dan terus ke Ampang point. Kemudian pulang jam 8mlm selepas makan. masing-masing tido awal kerana keletihan yg melampau hahah...

ok nati sambung citer-citer yg menarik lg yea...

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link