Wednesday, January 19, 2011

Van yogurt pula terbalik

DiHulu Selangor pula di Lebuh Raya Utara-Selatan kemalangan melibatkan van dikilometer 424.9 berhampiran Bukit Tagar membuatkan pengguna lebuh raya tersebut berhentikan kenderaan bukan utk menyelamatkan mangsa tetapi berebut-rebut memungut barangan yg tercampak dari van tersebut.

Kejadaian tersebut berlaku jam 11 malam dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke utara.Berpunca dari tayar belakang van pecah dan menyebabkan pemandunya gagal mengawal kenderaan lalu terbabas dan terbalik.

kemudian kenderaan lain sebuah proton waja merempuh van itu kerana tidak sempat mengelak. Lelaki terbabit mengalami kecederaan dikaki, manakala pemandu van Mohd Fazrein Abdullah, 22tahun mendapat kecederaan di kepala dan dikejarkan semerta-merta ke hospital untuk rawatan lanjut.

kemalangan itu menyebabkan beribu-ribu botol minuman yogurt jenama terkenal bertaburan. Pasukan bomba dan penyelamat Kuala Kubu Bharu serta pekerja penyelenggara lebuh raya mengambil masa setengah jam untuk membersihkan jalan.

p/s memang jadi trend diaorang jikalu ada kemalangan melibatkan sesuatu benda selagi bole kutip atau pungut, selagi itulah mereka akan terus melakukan tanpa menghiraukan nyawa masing-masing. menolong mangsa berapa kerat sangat pun...

1 comment:

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link