Wednesday, January 19, 2011

Berebut kutip duit syiling RM75,000 bertaburan? Dimana?

Di Rembau, sebanyak RM75, 000 wang syiling bertaburan diatas jalan apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD), Toyota Hilux yg membawa wang itu terbalik di Lebuh Raya Utara-Selatan. Kejadian berlaku di kilometer 243, susur keluar Pedas kenderaan tersebut membawa sebuah peti besi beisi syiling itu dirempuh sebuah kereta BMW jam 3 petang dari Shah Alam menuju ke Melaka.

Orang ramai menggadai nyama untuk mengutip wang syiling 10sen, 20sen dan 50sen sepanjang 100 meter diatas jalan dan rumput berhampiran menyebabkan kedua-dua jalan sesak

Pegawai Turus Trafik negeri mengesahkan kejadian itu dan pihak polis sedang menjalankan siasatan kemalangan tersebut.Pihak polis ketika itu sedang memantau keadaan dilokasi kejadian dan akan menghalang orang ramai daripada terus mengutip wang syiling berkenaan.

Pemandu kenderaan tersebut bernama Zairul Hisham Mansor, 28tahun berkata "semasa kejadian saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana wang syiling diletakkan dibelakang kenderaan sudah tercampak di tengah lebuh raya, sepatutnya wang tersebut mahu diedarkan di beberapa pasar raya di Melaka. "katanya yg memandu bersama seorang lagi rakannya tercedera ditangan dan Zairul pula cedera ringan mendapat rawatan kecemasan dilokasi kejadian.

Dua lelaki berusia 30-an yg menaiki BMW berkenaan dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban(HTJ)

p/s:- ni baru wang syiling bertaburan tetapi bagaimana jikalau wang kertas pula? nk memandu pun asyik lihat duit berterbangankan heheh..ermmm berapa banyak ler yg diaorang dapat kutip wang syiling seorang...

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link