Monday, January 10, 2011

Anugerah Juara Lagu ke-25(AJL25)

Juara lagu AJL25 mengundang kejutan apapila lagu Tolong Ingatkan Aku nyanyian Ana Raffali dinobatkan sebagai juara pada pertandingan langsung di Stadium Putra.Hasil ciptaan oleh penyanyi yg sering berbaju kurung membawa pulang wang tunai berjumlah RM35,000 berserta trofi.

Naib juara berpihak kepada Meet Uncle Hussaian dan Black dengan berjudul Drama King. Kemenangan itu membolehkan Taja dan Tun Teja selaku komposer dan penulis lirik lagu membawa pulang hadiah kemenangan berupa wang tunai RM15,000 dan trofi.

Nyanyian Hafiz dengan lagu Noktah Cinta meraih tempat ke-3. Lagu ciptaan Ajai dan Sheikh Kalam itu meraih wang tunai RM12,000 beserta trofi. Selain persembahan yg menarik, Hafiz juga membawa wang tunai sebanyak RM10,000 dan trofi menerusi katogeri vokal terbaik.

Mendapat sambutan hangat iaitu Faizal Tahir tidak menang sebagai juara AJL tetapi memenangi kategori persembahan terbaik menerusi lagu Hanyut.

kesemua hadiah utama disampaikan oleh ketua Pegawai Operasi Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

Pemenang diadili oleh tujuh juri profesional yg dilantik iaitu Habshah Hassan, Acif, Azmeer, Amy Seacrh, Pacai dan M.Nasir selaku ketua juri. Bagi kategori Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik diadili Datuk Siti Nurhaliza, Farid serta Fauzi Nawawi selaku ketua juri

Pembukaan AJL25 dengan persembahan Francesca Peter, Nash dan M.Nasir yg membawa lagu popular masing-masing dan sebelum keputusan diberikan persembahan dari Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Sharifah Aini dan Ziana Zain. Pengacara masih dikekalkan dengan gandingan bersama Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link