Tuesday, January 4, 2011

Amirah mula tahun 1

ok tahun ini Amirah mula bersekolah di tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R10, hanya mempunyai 1 seisi, waktu pagi sahaja. kelasnya ditingkat atas dan bersebelahan kedai buku. Hari Isnin itu perhimpunan diadakan di Dataran depan sekolah seperti kebiasaan kita sekolah dulukan. Amirah mula dengan beratur masuk barisan tetapi tersalah kelas pula hehehe...ala budak² mana tahu pun, masing² tak kenal. so buat tak tahu ler...

Dataran perhimpunan setiap Hari Isnin dan setiap hari sebelum masuk kelas dan juga selepas rehat juga perlu berkumpul juga.

ok hari pertama Amirah duduk dengan group yg ni..hanya 2 org perempuan termasuk Amirah dalam group tu., dalam gambar atas Amirah duduk tengah disebelah budak indian boy tu...OK mar dan hubby tunggu sehingga Amirah rehat kemudian kami balik. Yg penting Amirah bole berdikari dan tiada nagis² pun sewaktu mar pulang.

Sewaktu mar dan hubby keluar dari sekolah jauh 3meter dari pagar sekolah tu, Mar terdengar ada kecoh² di depan pagar antara anak lelakinya tahun 1 dan bapa yg sedang mengamuk kerana anaknya mengikut bapanya keluar sekolah, dah macam org gila si bapa tu pukul anaknya teruk dengan tali pinggang yg dipakai terus melibas kearah anaknya didepan beberapa org yg sedang melihat saja. woi apa punya orglah, punyalah malu org islam kita perlakukan sebegitu tanpa rasa malu.

Masa kejadian mar tengah berbual dengan kakak pemandu van utk bertanyakan harga dan setakat penghantaran bole dilakukan. korang tahu kakak ni pergi teriak kt si bapa yg sedang mengamuk td..antara dialog yer..
kakak pemandu van: "korang yg ada sekeliling tu tolong leraikan org tu dengan anaknya, dah nk lembik dikerjakan"
si bapa mengamuk: aku geram tul suh masuk kelas, dia keluar lak (antara dialog jelas atau tidak) sambil tangannya melibas anak lelaki nya yg sedang meronta-ronta.
kakak pemandu van: saya repot polis dah dera anak depan org ramai.
si bapa mengamuk: hei repot kalu berani..aku tak takut..sambil tu dia libas lagi anaknya.
masa itu ada beberapa org lelaki memegang budak laki tersebut dari dipukul si bapa tu. kemudian si bapa tersebut mahu menarik anaknya tetapi dapat dihalang oleh orang ramai. yg kesiannya budak tu memang ketakutan gila bila bapanya nk dekat, menyorok belakang org tu..!@#$#$# apa punya bapa lah..
sebelum itu si bapa td belasah anaknya sambil terbaring budak tu.

yg mar pelik pak guard sekolah nape dok tengok jer tanpa memaklumkan kepada Guru Besar?? patutnya perlu ada interkom atau telefon dalam pondok pengawal sekolah supaya senang nk maklumkan hal² begini atau hal² kecemasan lain. Sebabnya yg jaga pondok adalah org tua.
boleh korang fikir tak kesan keatas mental dan fizikal budak laki tersebut?

ni pula hari kedua Amirah kesekolah, dengan memakai tudung pula siap berlencana dan tag nama juga. budak laki yg dalam gambar tu nama Amirul, wow peramah budak ni dan berani..dia ckp untie, sy punada nama adik Amirah jak dan Amirah pun ada kata dia ada adik laki nama Amirul. ermm kebetulan sungguh..time rehat pukul 9.45pg hingga 10.05pg budak ni pun ada dengan Amirah berserta budak laki kelasnya bersama². lom reti lagi cari kawan perempuan sb Amirah seorang pemalu dan pendiam.

Di kantin Mar pesan pada budak kelasnya si Amirul tu, nati untie takde tolong tgkkan Amirah yea..Amirul jgn nakal tau, belajar sama². masa ni Amirah baru dapat kawan perempuan dalam kelasnya..
Waktu tamat persekolahan tahun 1 pulang pukul 1.05tgh hari Isnin dan selasa, rabu dan khamis pula pukul 12.35tgh. Hari jumaat pula pukul12.05tgh. Dalam seminggu ni selepas hantar Amirah terus pulang dan waktu rehat datang lagi utk pantau apa yg dibelanjanyer.

ni pula ke-5 hari jumaat selepas letak beg dikelas, semua murid perlu turun ke dewan memandangkan Dataran perhimpunan basah hujan yg seharian malam. DiDewan murid² berkumpul situ utk bacaan Yassin. Selesai itu mereka akan terus masuk kedalam kelas masing² utk meneruskan seisi pembelajaran.

Bila waktu pulang hari jumaat tu, mar datang ambil dengan budak² ramai berkerumum depan pagar sekolah masa tu si Amirul tegur mar "untie, Amirah tengah turun tangga tau, ok bye. hehehe prihatinnya...so selama ni baru mar dapat sape ler yg baik hati bagi Amirah duit rm5 rupanya si Amirul tu ler..mesti dia anggap Amirah ni mcm adik diakan sbb nama sama...wkakakakak...ish jgn biasakan tau.

Semoga minggu seterusnya Amirah dapat meneruskan pembelajaran dgn teratur.
Amin


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link