Monday, October 11, 2010

♥Nokia X6 lebih menarik, Pakej lengkap dan Praktikal♥

MENYOKONG inisiatif menghubungkan manusia tidak kira di mana sahaja mereka berada, Nokia terus komited menawarkan pelbagai model produk telefon bimbit moden. Terbaru, syarikat tersebut memperkenalkan model terkini Nokia X6 yang hadir bersama sokongan lengkap pakej telekomunikasi canggih dan fungsi hiburan.

Disempurnakan bersama paparan layar sentuh TFT luas bersaiz 32 inci, model berkenaan bakal memberi kemudahan kepada operasinya secara menyeluruh.

NOKIA X6 hadir bersama reka bentuk moden dan eksklusif selain dipacu dengan fungsi operasi yang lebih mantap.

Tidak cukup dengan itu, permukaan skrinnya juga didatangkan bersama kelebihan tahan calar selain dilengkapi sensor accelerometer untuk putaran sudut secara automatik.

Bagi fungsi multimedia pula, Nokia X6 mempunyai pembesar suara stereo, kamera lima megapiksel dengan pemfokusan auto dan flash LED berkembar, penalaan radio, rakaman video dan permainan video.

Dari segi kuasa, ia dipacu menggunakan sistem operasi Symbian OS v9.4, RAM 128 megabit (MB) dan pemproses 434 MHz.

Untuk menyokong operasi muzik tanpa batasan, model ini ini dilengkapi memori binaan dalam 32 gigabit (GB).

Spesifikasi lain yang ditampilkan adalah seperti sambungan 3G HSDPA 3.6 Mbps, akses Wi-Fi, Bluetooth 2.0, infrared, geotagging, USB dan microUSB.

sumber-sumber dari Utusan Malaysia Online

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link