Sunday, October 24, 2010

♥Konfirm cuti bersalin 90hari♥

Pada sebelum ini mar ada buka entry tentang cuti bersalin 90hari..ok sekarang mari kita kupas dengan selanjutnya mengenai cuti tersebut..

Kakitangan awam wanita akan diberi kemudahan cuti bersalin dengan bergaji penuh tidak melebihi 90hari berbanding 60hari ketika ini. kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kakitangan berkenaan katanya diberi fleksibiliti untuk menentukan tempoh cuti bersalin mereka tertakluk pada kelayakan keseluruhan jumlah cuti bersalin sebanyak 300hari sepanjang tempoh perkhidmatan.

Menurut beliau, kerajaan memberi kemudahan tersebut kerana mengambil berat terhadap kerjaya dan kebajikan penjawat awam menapai 30.5 peratus justeru itu, pihak swasta juga perlu memberi peluang kepada lebih ramai wanita menduduki jawatan pembuat khusus sebagai Ahli Lembaga Pengarah dan Ketua Pengawai Eksekutif. katanya ketika membentangkan Bajet 2011 diDewan Rakyat petang ini.

Bagi meningkatkan penyertaan wanita dalam bidang keusahawan RM30 juta telah diperuntukkan antaranya untuk memperkenal Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan mengadakan Anugerah Perdana Usahawan dan Tokoh Aktivis Wanita sempena Hari Wanita mulai tahun 2011.

Dalam pada itu, Perdana Menteri menyeru agar pihak swasta mengambil pekerja separuh masa wanita terutama suri rumah berikutan kerajaan telah menguatkuasakan Peraturan-Peraturan Kerja (Kerja separa masa) 2010 mulai 1 oktober 2010.

Sehubungan itu beliau berkata, kerajaan juga akan melaksanakan program perintis Small Office Home Office untuk wanita kurang upaya selama tiga bulan bagi memilih OKU dalam pelbagai bidang kemahiran

Beliau juga mengumumkan, kerajaan akan menyediakan dan menamakan semula 40 buah Taska 1Malaysia yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarat (JKM) bagi membantu waniita yang tidak kemampuan mendapat perkihmatan pengasuhan dan pendidikan awal yang berkualiti bagi anak-anak mereka.

1 comment:

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link