Saturday, September 11, 2010

♥Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua♥

Hi selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua rakan² dan pelanggan yang dikasihi, mohon maaf jikalau ada terkasar bahasa atau tersinggung yea...Khas kepada mereka yang pulang ke kampung halaman pandu kenderaan dengan hati² dan selamat tiba ke tempat dituju..Ingat mereka yang setia menunggu kepulangan anda sekeluarga..Oh yea jikalau makan jangan terus nak bedal saja, ingat² sikit dan kontrol makan, yang penting jaga kesihatan diri ok....


Pagi raya sudah yang paling kalut adalah kanak² kan..semua nak pakai complete dari kasut ke songkok, sampin tak lupa jak tu..Amirah dan Amirul mandi aidilfitri kemudian terus bersiap sakanlah..Tahun ini kami sekelurga kaler biru muda. wah nampak segak si mirul pakai dan mirah look cun jituuuuu heheheh..Mar? ermm sudah tentu kalu didapur panaskan segala menu untuk dihidangkan nati..hubby lak tengah menumis bahan² untuk membuat menu nasi special kali ini. Bila nasi dah siap, hubby siap² mandi pula...

Ayahku dan abang long dan alang dah datang tadi siap nak ke masjid pula, tahun ini surau depan rumah boleh sembahyang raya tau, jadi mudahlah budak dan hubbyku kesana..mar dan akak idah tak pergi pun sebab kami tunggu akak² ipar datang ke rumah..Lagipun mirul bukan boleh tengok mar takde kang mulalah teriak nak ikut..jadi mar sambunglah kemas apa² yang patut jelah..

ok sekarang Menu dah siap terhidang dengan "nasi daging made in kedah my hubby masak" berlauk arca nenas dan air asam, sambal udang selain ketupat, rendang dan kuah kacang meleleh kalu tengok...perghhh...ayah, abang², hubby dah pulang dari masjid sekarang kami memulakan makan...Bismillah, makan ramai² memang best lak tu abang long mar bukan selalu datang...dan kak angah mar pula dah pulang ke perak awal, nati petang bila kami nak berangkat ke kedah, kami akan berjumpa dia kat R&R Ladang Bikam perak nak anta beg pakaian anak perempuan yer ahahhahahah...geli hati aku hehehe...

Selesai makan kami sekeluarga menziarahi kubur arwah mak dan lukman( adik fisa) di Tanah Perkuburan Taman Keramat. walaupun hujan renyai² sekejap jadi kami perlu berhati² dengan tanah yang licin. Kawasan itu dipenuhi dengan ramai orang yang menziarahi kubur ibu bapa atau sanak saudara atau sebagainya dengan pakaian berwarna-warni dan pelbagai fesyen. Tapi bagi mar adap kita menziarah perlu dijaga dan menghormati.

Selepas ayah membaca doa tahlil dan yassin beramai², bunga dan air tidak dilupakan untuk menaburkan serta menyiram ke atas pusara bonda tersayang yang sakit kerana Buah pinggang. Kemudian kami pergi ke tingkat paling atas bahagian kanak² untuk menziarah pusara anak buahku Lukman yang kembali ke Ramatullah pada 15 ogos 2009 yang genap umur 1 tahun kerana sakit cirit birit , sehingga doktor tidak mampu menyelamatkan dia yang hedrasi yang teruk. Kalu nak tahu mar dan akak idah(mama fisa) kami berpantang bersama² .Maknanya arwah Lukman dan Amirul memang sebaya dan 1 bulan yang sama cuma beza 4 hari sahaja. Pusaranya disirami air dan bunga-bungaan ditaburkan...Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan didalam golongan orang beriman. sama² lah kita sedekahkan Alfatihah. Amin....

Bila selesai mar dan hubby serta anak² gerak ke setapak kolej kedua utm mengambil beg pakaian dari kawan kak ngah kemudian kami pulang kerumah..Kak ipar along dan alang sedang jamu selera bersama..kami berehat dulu sementara orang lelaki menunaikan sembahyang jumaat, sebelum itu hidang makanan yang dah abis dan kemas² pinggan cawan² kerana petang nati sepupu rapat kami datang dari klang.

Selepas hubby pulang kami makan beramai² lagi dan bersalaman antara satu sama lain..masa tu air mata merahlah kerana kesedihan ehheheh..dan budak² dapatlah duit raya..ermm anak buah mar ada 21 orang tau yang paling besar umur 23 tahun dan kecil 1 tahun 8 bulan.
bayangkan meriah dan riuh rumah hahaha.

ok sekarang kami mar sekelurga bersiap pula balik kampung..beg² dan segala bekalan dah siap simpan dan bonet..selesai saja kami bergerak..kemudian kami singgah kedai foto untuk mengambil foto keluarga di permai nasib baik takde orang. kalu pergi pagi memang kena "q" kata owner kedai.

Sepanjang perjalanan kami tiada masalah, highway lancar cuma sebelum masuk highway hujan mula turun renyai kemudian lebat. jam 6.30 petang kami janji untuk bertemu kak ngah sekeluarga di R&R Ladang Bikam perak. kemudian kami berpecah, mar meneruskan perjalanan ke laluan kedah dan akak ke perak. Kami cuma singgah ½jam di R&R tapah untuk berehat, makan dan sembahyang maghrib kemudian bergerak.

Jam 10 lebih malam kami sampai dikampung..Kak ipar, mak dan adik beradik sambut kepulangan kami..selepas punggah barang bonet kami makan bersam dan berehat awal kerana esok pagi kami akan konvoi beraya umah makcik²..ok gud nite semua....




No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link