Saturday, August 14, 2010

♥Puasa Menu Sedap Jitu♥

Hi bertemu lagi ok harini mar akan continue pasal puasa Amirah yea..
Puasa ke-3 Amirah jam 4.30pg Amirah, hubby bangkit sahur tp sebelum tido dia pesan nati kejutkan along nk bersahur...Dengan longlai dia bangkit basuh muka terus ke dapur.

ok selesai saja hidang kami pun mula makan, minuman air milo perlu tu..sebab dah terbiasa every breakfirst mesti minum. So time sahurlah bancuh.Bila dah selesai makan, minum, dan kemas baki lauk yang ada. Rehat dulu sementara menunggu azan sembahyang subuh. Then apabila selesai apa lagi terus tumbanglah hehhee...Amirah dan Amiruh tido tak sedar langsung...ermmm keletihan diaorang.

Sebelum matahari mencanak tinggi mar dah bangun dulu, buat kerja rumah sedikit sementera diaorang belum bangun. Jam 9.30pg hubby dah keluar bekerja. Mar pula tak kemana patutnya mar ada urusan tapi delay hari lain. Jam 10.30pg Amirah dan Amirul bangun uihh lamanya tido. sebenarnya Amirul terjaga(golek sana golek sini) sekejap masa azan subuh tu. Dalam 15minit tido semula. Selesai diaorang mandi, bersiap. Breakfirst Amirul dah siap pun apalagi dia pun bedal nugget dengan sekenyangnya..

Amirah seperti biasa baca buku saja dalam bilik, mood still ok, Jam 12tgh hubby call kata balik tak sempat balik, so sembahyang jumaat kat luar yang biasanya sembahyang masjid kawasan rumah saja. Tiba² Amirah nak cakap dengan abahnya kata "abah along tak laratla, along nak puasa setengah hari boleh tak? hubby cakap boleh..ermmm apa?? mar dengar macam tu terus tanya along kenapa? katanya "along lapar". kemungkinan dia tengok Amirul makan nugget dan teringin kot. ermm ponteng lagi....

So hari yang ke-2 Amirah tak puasa..Aktivitinya makan sepuasnya dan juga tidak pergi kesekolah pun hari tu..ermmmm..walaupun dia dapat makan sekenyangnya tapi mar tak benarkan dia berlari² sakan dalam rumah yea..perlu hafal sifir dalam bilik!!
Amirul pula tido jam 2.30ptg, Amirah buat apa ek dalam bilik? ermmm tengok² rupanya dia pun dah terlelap dulu da...

Lewat jam 5.30ptg mar pun mula masak makanan ala ringkas² jer, petang tu abang mar datang berbuka sama² balik opis terus datang dengan membawa makanan satay, ikan pari berkuah, murtabak dan air cincau bandung. Perghhh sedap tu..Teringat mar malam 1st sembahyang terawih tu mar sekeluarga keluar KL then terus makan, ada satay sedap situ memang biasa beli kononnya nak tapau tapi habislah...So dapat lak makan satay hari ke-3 puasa...Alhamdulilah.
Amirah dan Amirul pula bangun mandi dan bersiap.

Ok makanan dah siap dihidang dan diletak ke ruang tamu makan bersila ramai². Amirah tolong sama tapi Amirul tolong kacau risau mar nati tumpah. Sebelum itu diaorang dah amik satu dua cucuk satay dulu pun..ok rehatlah...letih pulak..

Jam 7.15ptg kami semua ready depan hidangan, siap sedia makanan, minuman masing². Amirah pun sibuk jak tapi takdelah kacau teruk mana pun..hubby sempat pulang kerumah macam biasa jalan sesak teruk. ok azan dah bergema menandakan waktu berbuka kami mulakan dengan Sebijik kurma dan seterusnya minuman dan makanan yang lain. ok masing² menjamah makanan dengan penuh tertib lagi. Bila selesai kemas hidang letak ke dapur dan menunaikan sembahyang maghrib.

Mar memang tak dapat pergi ke surau untuk sembahyang terawih, Amirah pergi dengan kakak mar, anakya Fisa, ingat tak? tinggal dirumah dengan Amirul dan mar. Aktiviti biasa budak
² tu tengok tv astro ceria sampai tertido. Ermmm senang jaga dan cepat lak mirul lelap...Apalagi mar pun mula mengeblog sorang² ahhahah...Jam 10mlm hubby, Amirah dan kakak pulang (ala surau betul² depan rumah), apalagi kami pun sambung kueh-mueh yang ada sayang lak kalu tunggu sahur baru nak makan kan...

Jam 1pg mar pun mula mengantuk dan masuk bilik tido. Amirah dah lama tido sejurus pulang dari terawih.
ok nak tido gud nite....sok sambung lagi

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link