Showing posts with label pemanduan selamat. Show all posts
Showing posts with label pemanduan selamat. Show all posts

Saturday, October 9, 2010

♥Panggil semula Gen2, Satria bukti Proton serius aspek keselamatan♥

JITRA 10 Okt — Langkah Proton Holdings Bhd memanggil semula kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara tahun 2004 dan 2008 membuktikan syarikat itu memandang serius terhadap aspek keselamatan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata jenama-jenama automotif yang terkenal juga mengambil pendekatan yang sama dan Proton mencontohi tindakan syarikat automotif itu.

"Kita tidak mahu setelah mendapati ada masalah terhadap produk, kita buat tidak tahu sahaja dan langsung tidak mengendahkan rungutan yang dibuat oleh pelanggan,” katanya selepas melancarkan Kelab Ulul Albab dan Seminar Base Learning daerah Kubang Pasu di sini hari ini.

Beliau berkata jika tindakan itu tidak diambil, sudah tentu ia dianggap perkara negatif dan tindakan Proton itu akan meneutralkan semula persepsi masyarakat terhadap syarikat mereka.

"Pengajaran yang kita dapat daripada pengalaman ini adalah bagaimana untuk mengurangkan kebarangkalian perkara seperti ini boleh berlaku lagi pada masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata syarikat itu perlu memastikan kualiti produk berada pada tahap yang terbaik dan mampu bersaing pada peringkat antarabangsa.

Khamis lepas, Proton mengumumkan pemanggilan semula sukarela kereta Gen2 dan Satria Neo yang dikeluarkan antara 2004 dan 2008 disebabkan kerosakan pada komponen “clock spring” yang mungkin boleh menjejaskan keselamatan.

sumber-sumber dari Utusan Malaysia Online

Friday, September 3, 2010

♥Perjalanan Jauh Bersama si Manja♥

Raya semakin tiba, rancang perjalanan dengan lancar bagi mengelakkan kesesakkan terjadi. Bagi yang mempunyai bayi kadang akan meragam dalam kereta kerana ketidakselesaaan yang dirasai. Walaupun memasang hawa dingin tetapi bila kesesakan berlaku haba panas mampu menyerap, seterusnya bayi akan menangis dan meragam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link