Wednesday, April 20, 2011

Ujian Saringan 1 Linus Lulus

Semalam selepas Amirah pulang sekolah dari luar rumah lagi dia menjerit pd mar yg sedang menanti kepulangannya pulang dari sekolah. Seperti biasa dia ucap Assalamualaikum mama, along tukar kelas sebab lulus ujian Linus.

Mar dengan happy terus cium pipinya dan ucap tahniah. kalu korang nk tahu Ujian Saringan 1 Linus ni tahun 1 utk matapelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi menentukan tahap kemahiran lisan, membaca, dan menulis

Ujian Saringan merupakan ujian tapisan awal untuk mengesan murid yang lemah dalam menguasai kemahiran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik. Dengan adanya ujian ini guru-guru dapat mengenal pasti kelemahan murid dari segi mengira, mengeja dan menulis. Segala soalan ujian tersebut bertepatan dengan sukatan matapelajaran.

Alhamdulliah sekian lama menunggu keputusan akhirnya berhasil juga dengan berkat kesabaran dan rajin ulangkaji setiap malam. Walaupun mar tidak mengetahui peratus keputusan tersebut, tetapi hanya dimaklum dr sekeping surat sekolah mengatakan anak lulus dalam Ujian Saringan 1 Linus dan dipindahkan kelas atas sudah memadai kerana sebelum ini Amirah perlu ke tingkat 1 dengan beg yg penuh dengan buku teks dan nota. Sekurangnya dia memasuki kelas bahagian bawah dan blok yg tengah.

Amirah dan beberapa murid lain pindah ke kelas Bistari meninggalkan kawan-kawan yg kekal didalam kelas lamanya, Amanah. Murid-murid yg tidak lulus diberikan kelas Pemulihan membantu mereka supaya tidak ketinggalan dan bukan dipinggirkan.

Apa-apa pun Amirah tidak boleh berasa selesa dengan kelas Bistari kerana dia perlu kuat belajar antara murid-murid yg bijak akan bersaing bersama secara sihat.

Semoga Amirah akan terus dengan azam utk mencapai citc-citanya..adakah masih awal? sebenarnya kita sebagai ibubapa perlu memberikan sokongan atas cita-cita yg ingin dia minati. Dari awal lg bagus dia bersedia segala kemungkinan.

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link