Ishh lamanya tak update blog, sebenarnya lama dah buat entry penat tau tp lupa nk publish heheh sabo jelah..apa2 tgk je laporan yg mar dah sediakan...layanzzzzz..




Malah kehadiran Ashraf yang memakai sepasang baju Melayu putih dan bersamping ungu

Menurut Ashraf, klinik itu beroperasi sejak 11 tahun lalu dan perasmian ini sempena dengan penukaran nama barunya setelah dia menyertai rakan kongsi, Lokman Abdul Hamid.

Bercerita tentang hubungan mereka, Asyraf mengenali wanita itu setahun lalu dan berhasrat menyunting wanita itu pada bulan lalu."kami kenal setelah selalu berjumpa diklinik itu dan merupakan seorang yg suka merendah diri, bertudung, solehah, sedap mata memandang dan selesa dengannya."kalu bole saya tidak mahu bertunang terlalu lama dan jika diizinkan Allah, kami mahu segera pada tahu ini,"ujarnya
Bagaimanapun, pengacara Nasi Lemak Kopi O dan Gadis Melayu di TV9 itu menjelaskan, majlis tersebut diadakan sedemikian kerana mereka turut melangsungkan majlis perasmian Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah di tempat dan hari yang sama.
“Pada mulanya kami tidak merancang untuk melakukan majlis perasmian serentak dengan majlis pertunangan tetapi setelah memikirkan majlis ini turut melibatkan saudara-mara, jadi saya rasa tidak salah untuk dilakukan sekali,” ujarnya yang turut menjemput ramai ahli keluarga dan sanak saudaranya.
Beralih kepada kariernya sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, Ashraf mula mempelajari cara mengubati pesakit menggunakan ayat-ayat Al-Quran, mendidik dan memberikan kaunseling kepada pesakit sejak dua tahun lalu. “Selepas mengubati pesakit, saya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan. Selain itu, saya turut membekalkan mereka dengan ayat-ayat Al-Quran dan doa untuk diamalkan sementara benar-benar sembuh. “Apabila membaca Al-Quran, diri kita akan lebih dekat dengan Tuhan.
Kadangkala, saya ada juga meminta bantuan daripada Dayana untuk mengenal pasti sesuatu penyakit itu menggunakan kaedah perubatan moden kerana dia sedang belajar dalam bidang perubatan,” katanya. Pusat rawatan yang digelar sebagai klinik oleh Ashraf itu boleh merawat penyakit seperti semua jenis kanser, SLE, kanser otak, AIDS atau HIV, gangguan sihir, penyakit kanak-kanak, penyakit kesuburan, diebetes, darah tinggi dan masalah akhlak.
Dalam perkembangan lain, Ashraf yang masih meneruskan kariernya dalam bidang lakonan turut menganjurkan pakej umrah di bawah Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah dengan kerjasama ZHB Holidays Sdn Bhd. Dia dijangka akan bertolak ke Mekah pada 17 Ogos tahun ini bersama-sama bakal bapa mertuanya, Lokman Abdul Hamid dan ahli rombongan umrah yang terhad kepada 40 orang sahaja.
No comments:
Post a Comment
sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih