Saturday, January 1, 2011

Gotong-royong 2011

ok malam tahun baru sudah sambut, happening tak korang sambut?pada 1 hingga 2 Januari 2011 ni mar sibuk dengan aktiviti gotong-royong sekitar rumah. Walaupun penat tak habis semalam tetapi bersemangat dan seronok sbb suma jiran² kita sama bergotong-royong rumah masing²..
ok bila 'bz' mar tetap bertanya khabar dengan jiran tau..Jiran sebelah kanan cikgu menengah dan sebelah kiri pula sekumpulan dara² tinggal menyewa dengan kakak yg merangkap "puan rumah situ" biasalah memang jarang bertemu pun sbb diaorg bekerja shif..jiran sebelah umah korang kenal tak? jangan pula tak bertegur dan kenal langsung, bila ada sesuatu hal pada jiran juga kita perlukan bantuan kan...

Surat gotong-royong telah dikeluarkan seminggu sebelum mengenai aktiviti menghapus nyamuk aedes dari persatuan penduduk kawasan rumah mar. Sehabisnya mengemas dan membuang ke dalam tong besar MPAJ dan DBKL sediakan itu. Sehingga tenghari mula mencanak atas kepala dengan berpeluh mar pun berhenti berehat...woi sapa kata gotong-royong ni buang masa? sambil persekitaran rumah bersih Kami membersihkan bekas², tin², longkong² dan sekitar rumah masing².

Kerjasama aktiviti ini bersama DBKL dan MPAJ sama² turut hadir memberi ucapan dengan tetamu hormat VIP tau..al-malangnya mar bukan pegi ke padang dengar taklimat pun juz dengar dari rumah jer..Lagipun ayah mar ada wakil kesana hehee...
Tepat jam 9.30pg aktiviti dimulakan dengan sekitar padang, longkang jalan dan rumah, atap-atap rumah yg tersumbat bersama membersihkannya..Kerja-kerja telah dibahagikan sebelum itu jadi senang dan pantas ler kerja pembersihan.
Yang membanggakan ialah penglibatan orang muda ramai yg turut serta bersama ibu bapa masing-masing, supaya mereka tahu kesan buruk ke atas pembiakan nyamuk aedes ini. Setiap rumah masing-masing mengemaskan dan mambuang barang spt tong, tin, bekas, tayar, kasut, ranting pokok, lapik pasu dan lain-lain yg membolehkan jentik-jentik dan nyamuk aedes membiak, kadang-kadang tempat yg kita sendiri tak masuk akal pun ada tau.

Tong besar dan lori bergerak pun disediakan bagi memudahkan mereka mengangkut barang buangan yg besar.
Selepas tenghari aktivi mula selesai, masing- masing puas hati melihat perubahan disekeliling kawasan dan rumah masing-masing. kalu nak tahu masa tu lah mar nampak kerusi, sofa, meja, tilam yg buruk-buruk dibawa keluar dan dibuang dalam lori bergerak MPAJ punya. Yelar kadang orang tua ni tak larat nk mengangkut barangan tersebut dengan tempat pembuangan juga terhad.

Kemudian jamuan ringan disediakan utk semua penduduk. sebelum aktiviti dijalan pun sarapan juga disediakan. Segala peralatan disimpan dan kami bersurai dengan selamatnya.
nasihat daripada MPAJ dan kementerian kesihatan berkata dengan persekitaran yg bersih segala pembiakan dapat dihapuskan. dan ingat hanya 10minit sahaja diperlukan utk membersihkan persekitaran rumah masing-masing agar pembiakan jentik-jentik dan nyamuk aedes dapat dihapuskan kerana ianya boleh mengundang maut. Pembiakan jentik-jentik didalam air bertakung dalam air bersih pun boleh tau, memakan selama 1 minggu sahaja.

oklah sampai disini penerangan mar yea...

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link