Friday, December 24, 2010

Keputusan Peperiksaan PMR

Semalam calon² yg mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) seramai 30 863 calon yg dapat A semua mata pelajaran. Seramai 479,675 calon telah menduduki PMR tahun ini. Kawasan luar bandar seramai 5,825 pelajar luar bandar telah mendapat A dalam semua mata pelajaran pada tahun ini berbanding 4,775 orang pada tahun lalu.


wow kiranya memberangsangkan jak pada tahun ini..dalam keluarga mar ada 2 orang anak buah yg mengambil keputusan PMR tp salah seorangnya sedang bercuti dan sorang lagi hanya mendapat keputusan lulus, bagus dan tiada subjek yg tak lulus pun..ala budak laki bukannya nk target betul². Yup kedua anak buah mar adalah lelaki (seorang anak abang sulung dan seorang anak kakak)

Kalu nk tahu tahun ni saja ada 5 orang anak buah mar menduduki peperiksaan UPSR ( 2 org), PMR (2 org) dan SPM (seorg)..Mar yg diaorg panggil Maksu mula nk minta macam² tips pelajaran. Alkisahnya bukan mar reti pun dengan subjek dan cara yg agak berbeza dari 10 tahun dahulu.

Masa keputusan UPSR anak buah mar dapat 4A 1B sekolah Taman Melawati, yg ni anak abang mar no.3 dlm keluarga mar. Abang mar seorang yg agak teliti, kemas dan banyak berkorban pada anak² nya pada pelajaran..Yelah ibu bapa mana yg tak mahu anak² berjaya dalam hidup dan pentingkan pelajarankan. Sebenarnya anak buah bernama Alya ni sewaktu berumur 2 tahun keatas mendapat sakit Leukimia, abg mar ni sanggup mengambil cuti kerja tanpa gaji semerta² hendak melihat anak perempuannya mendapat rawatan di Hospital..

so hasil daripada ketabahan, pengorbanannya untuk anaknya dan duit hasil titik peluh tanpa jemu mebesarkan anaknya dengan baik dan sihat seperti sedia kala sekarang. Dan akhirnya berbaloi pengorbanan itu, anaknya belajar bersungguh² sehingga mendapat keputusan UPSR yg bagus 4A 1B..

Mar citer pun utk sekadar renung²an korang, biarlah kita sanggup berkorban apa saja untuk anak² dan anak itu akan sendiri akan memikirkan kesanggupan kita.

ok Tahniah kesemua anak buahku yg mendapat keputusan yg bagus dan yg menunggu keputusan SPM tahun depan, berdoa ler banyak² dan jgn abaikan masa yg terluang yea..



No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link