Wednesday, December 29, 2010

AFF Suzuki Cup 2010

Malam penentuan malam ini antara Indonesia dan Malaysia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Indonesia, jam 8.00. Sebelum ini perlawanan di Malaysia mendapat 3 gol berbanding Indonesia tiada sebarang gol.


Pemain negara kita cukup perit pada malam ini kerana tekanan berhadapan 80,000 penyokong merah putih dan juga sikap provokasi yg dipamerkan oleh media dan rakyat Indonesia disana jelas sanggup melakukan apa saja asalkan konsentrasi dan fokus pemain terjejas. Sejak hari pertama tewas, isu penggunaan laser terus menjadi bahan ungkitan terutamanya pihak media, malahan ketika hari terakhir persiapan antara kedua-dua pasukan.

Isu remeh ini terus dipanaskan sehingga tahap mendidih seolah-olah Malaysia mendapatkan kemenangan di Kuala Lumpur dengan cara tidak bermaruah.
Keyakinan kita tetap tinggi walaupun kita kehilangan khidmat Mahalli Jasuli dan Mohd Amirulhadi Zainal tetapi Ashari Samsudin dan Mohd Sabre Mat Abu menjadi taruhan mampu menggalas kekosongan dan kita tidak perlu berasa tertekan berbanding Indonesia.

Jurulatih skuad negara, K.Rajagobal akan memilih bermain bertahan sepanjang 90 minit disamping cuba membalas serangan jika berpeluang. Di pihak Indonesia, walaupun keyakinan dikalangan peminatnya masih tinggi dan optimis bahawa skuad kesayangan mereka itu akan muncul juara dan Malaysia bakal diganyang di kandang tuan rumah, tetapi ketiadaan Oktovianus Maniani mungkin menjejaskan rentak mereka.

Apapun kita berdoa dan terus menonton aksi mereka diperlawanan tersebut dikaca televisyen dengan siaran langsung di RTM dan ASTRO.
Malaysia Boleh..!!!!!

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link