Monday, October 18, 2010

2 tertuduh Pembunuhan Kes Sosilawati dihukum

Ibu kepada jutawan komestik, Datuk Sosilawati Lawiya berkata "tidak akan memafkan mereka(tertuduh) sampai bila-bila.

Dua tertuduh di Mahkamah Majisteret Telok Datok, Kuala Langat di Selangor hari ini dikenakan hukuman penjara tujuh tahun yang dikenakan terhadap K.Sarawanan, 19 dan U.Sureh 26, dua dari tertuduh yang mengaku bersalah melupuskan bahan bukti dalam kes pembunuhan usahawan wanita itu bersama tiga yang lain.

Warga emas itu berkata, dia berdoa setiap hari supaya mereka yang bersalah mendapat balasan namun tidak mahuu mengambil tahu sama ada hukuman itu setimpal atau tidak.

"Entahlah makcik tak berapa tahu mengenai undang-undang, walaupun mereka sudah minta maaf tetapi makcik tetap sukar untuk memaafkan mereka". sampai hari ni makcik tertanya-tanya kenapa sampai hati mereka buat anak makcik macam itu sekali". katanya ketika dihubungi.

Sarawanan seorang bekas mekanik mengaku bersalah hari ini atas tuduhan menghilangkan bukti itu dengan membakar mayat Sosilawati 47, pegawai bank CIMB Noorhisham mohammad 38, peguam Ahmad Kamil 32, dan pemandu Kamaruddin 44.

Sementara Suresh yang tidak mempunyai pekerjaan tetap pula didakwa menghilangkan bahan bukti itu dengan membuang abu mayat keempat-empat mangsa di Sungai Panchau, Jalan Morib-Banting pada 31 Ogos lalu antara pukul 8pagi hingga 10pagi.Tertuduh jua mengaku bersalah.

kedua-dua tertuduh merupakan antara lapan suspek yang ditahan anatara 9 dan 12 september lalu bagi membantu siasatan polis beritukan laporan kehilangan Sosilawati dan tiga lagi mangsa lain pada 30 ogos lalu.

1 comment:

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link