Saturday, August 28, 2010

♥Oh Pavilion♥

Tengahari mar keluar ke KLCC dengan Sha lagik..lepas anta Amirah sekolah dan Amirul pula dirumah kakak coz petang ni diaorang datang berbuka rumah ayahku, so diaorang bawa Amirul sama datangkan...tak perlulah mar amikkan.

Pada masa itu hubby nasib baik dia rajin nak anta terus depan KLCC, ermm lagi senang perjalanan mar kan??!.. thanks ayang ehheeh...ok sampai terus kol my fren, jumpe di esprit..masa jalan aku perhatikan sekeliling bertambah cantik KLCC ni.. sebenarnya sebelum married memang tempat ni aku seminggu 4 tau 5hari mesti datang jumpe kawan², kadang² lepas kelas mesti singgah sini, yealah KLCC kan transport kan senang ada train Stesen Putra, lagipun dekat dengan Bukit Bintang. Kalau boring² jalanla kakilah....Itu sebelum, kalau selepas pula mar mula jarang datang KLCC sebab bz dengan opis dan Amirah kecil lagi. Bila Amirah umur 3tahun baru bawak dia tengok movie dengan hubby. Sekarang Amirah dah sekolah dan Amirul pula ada lagilah kurang datang KLCC tunggu Amirul dah berumur 3tahun keatas boleh tengok movie ....

Ok sambung pada citer mar tadi, selepas jumpe kawan kami pusing2 dulu dalam KLCC dan ½jam kemudian kami keluar lihat awan mendung..ermm fikir jak sempat ke kami jalan ke Pavillion? jadi kami pun nekad jak..tiba² 15minit kemudian hujan lah pulak....nasibbaik ada plastik esprit lagik hahhah tutup kepalala...lagipun renyai² je tak lama..mesti ada tanya kenapa tak naik teksi? sebabnya ke bukit bintang dan pavilion caj RM10-13 tupun tengok mood teksilah..ala dekat pun nk caj lebih, bayangkan customer naik teksi then selepas penghantaran teksi tu lepak semula kt KLCC lagi?? hemmm berapa ratus jak dia dapat ni baru semalam, kalu hari² dah masyuk tuuuu...hanya ulang alik area gold triangle place.


inside pavilion

outside pavilion

fountain
10 minit kemudian kami sampai pavilion..area luar ramailah, tp bila masuk dalam lenggang..sale taklah semegah mana pun...semacam je mar tengok, lalu lak depan cafe² pergghhh aromanya menusuk hidungku..ermmm tahan jerlah baunya..ok kami pegi aras movie ingatkan nk buangkan masa dengan movie latest tp kami terlewat 5minit movie dah mula..malaslah nak masuk jak nati orang tengah layan movie kami lak dok carik chair..ada movie petang macam lewat lak, so ronde² dalam tulah sebab hujan semakin lebat diluar..Bila da puas survey barang, mar pun beli payung pink kaler..cantik dan murah gitu hahah..apalagi dah payung kami pun terjahlah keluar...hujan xde lebat mana macam tadi.. Seterusnya kami tiba di Bukit Bintang ermm lama jak ronde sini..dulu kerap jak datang...survey casing hp xretilah..jadi kami borong bajulah..hahahahah....

Apabila dah boring dalam tu kami pun mula disekitar luar pasar ramadhan berdekatan Mcdonald tu..kemudian kami pun balik ikut lalun tadi. Sesampai di KLCC kami mula berpecah, my fren ke Renaissance Hotel dan mar pun ke train putra menuju ke jelatik, sebab adik-beradik mar datang berbuka ramai sekali lagi. sampai dijelatek mar naiki teksi ke rumah jam 5.30ptg, tengok Amirah sedang tido dibilik lagipun mar dah pesan balik sekolah mandi dan tido, dia puasa tau. Ok mar mula hidang apa yang patut dan relax jap
sementara menunggu mereka datang.

Pada jam 6ptg mereka pun tiba, wah Amirul fisrtly kuar keta, masuk rumah panggil mar..so sweet...ok kami pun mula hidang makanan ada satay, donat, popia, bubur lambuk makanan wajib ada, ayam percik, nasi berani dll..perghhh banyakkan. sori takde snap picture pun..masing² terliur tengok hidangan, mar memang tak berganjak dari tempat duduk letihlah...nak rehat dulu..

Waktu azan sedang berkumandang, jadi kami pun membaca doa dan memulakan kurma seterusnya minuman. AMIN kenyangnya....selepas kemas hidangan sembahyang apalagi terlelap mar dengan Amirul


No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link