Wednesday, July 14, 2010

♥Sudah ke membanci?♥

Soalannya sudahkah anda dibanci? Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat penduduk melalui kiraan Ia dilakukan secara berkala dan merupakan jumlah rasmi penduduk sesuatu kawasan.
Mengenai banci kali ini adalah yang ke-5 banci sebenarnya utk diri kita jugak PENTING tau semua maklumat kita dimasa akan datang. Antaranya bila banci ini kita akan tahu sesuatu kawasan itu penghuninya bangsa apa, taraf hidup bagaimana, kemudahan infrastruktur, Bilangan penduduk.

mar dah pun dibanci oleh seorang wanita berumur lebih kurang 40-an yang datang kerumah jam 5petang td. Nasibaiklah tidak kemana pun. Kesian pulak duduk luar rumah, jadi mar pun jemput masuk wanita itu kedalam, senang dia nak menulis/isi borang nati. Lagipun lewat ptg semua org dah balik keja. Soal kaji selidik bukannya susah mana pun dan beberapa minit jer. Apa-apa pun rasa lega banci sudah pun selesai.

Ingat, jikalau memberikan maklumat palsu anda yang rugi dikemudian hari dengan segala kemudahan tidak dapat dirasai. Fikirlah anak kita juga yang akan merasai kemudahan sekolah, infrastruktur dsbnya.. melalui banci kita akan dapat tahu penduduk itu mempunyai bangsa mana yang ramai. dan kemugkinannya Jenis Sekolah dapat ditentukan melalui dikawasan tersebut. Sekolah baru ini sudah tentu anak kita dapat belajar dengan lebih bagus daripada sekolah yang sarat dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas.

Berita Harian Online

No comments:

Post a Comment

sini..sini korang boleh komen ayat POWER ok ☻..
dan datang lepak sini lagi tau...seisi kutuk-mengutuk tidak akan dilayan.....Terima kasih

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Meh Tukar Link